Biasanya kita pernah dengar lauk Singgang Ikan, Singgang Ayam, Singgang Daging dan Singgang Tulang. Jangan tak tahu, Singgang Bendi pun ada tau.

Singgang Bendi. Menu ‘Rare’ Pantai Timur Yang Jarang Ada  Jual Dekat Restoran.

 

IKLAN

Memang sedap dan unik! Ada sesetengah orang yang masak lauk ni suka tambah sedikit gula. Jadi kuahnya rasa sedikit manis. Bagi anda yang mementingkan kesihatan, hidangan ini juga sesuai buat anda kerana dimasakan rebus je. Mudah kan? 

SINGGANG BENDI

IKLAN

Singgang Bendi. Menu ‘Rare’ Pantai Timur Yang Jarang Ada  Jual Dekat Restoran.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 10 biji kacang bendi
  • 6 ulas bawang putih | diketuk
  • 2 ulas bawang merah | hiris nipis
  • 2 biji cili merah | dibelah dua
  • 3 keping asam keping
  • 5 keping kecil lengkuas
  • garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1.  Masukkan air secukupnya ke dalam periuk dan basuh sayur bendi tanpa memotongnya.
  2.  Masukkan bawang putih,bawang merah,lengkuas dan asam keping. Biarkan kuah sehingga mendidih.
  3.  Potongkan tangkai dan hujungnya serta potong dua sayur bendi dan di masukkan ke dalam kuah yang sedang mengdidih.
  4.  Tambahkan garam/perasa yang di sukai secukup rasa.
  5.  Bila sayur kelihatan masak,bolehlah dipadamkan api dan dihidangkan.

Kredit gambar & resipi: http://suzana-ciksue.blogspot.my/2012/06/singgang-bendi.html

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI