Bila waktu petang, menu kek antara yang menjadi pilihan untuk hidangan pencuci mulut minum petang.

Kalau mencari resipi yang mudah dan cepat masak keknya, boleh cuba resipi kek butter choc rice ini.

Resipi yang dikongsikan Himawari Chan ini, memang senang dan tak perlukan sebarang teknik pun. Jadi jangan risau, kek anda pasti menjadi dengan cantiknya.

 

BUTTER CHOC RICE CAKE

Simple & Sedap, Mudah Je Nak Buat Kek Butter Choc Rice 

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 cawan gula (kalau nak kurangkan manis, kurangkan sikit ye gula dalam ¾ cawan je) – beli online di sini
4 biji telur gred B
1 buku mentega (guna pure butter lagi sedap) – beli online di sini
100mls susu segar/ full cream milk
3 sudu makan susu pekat manis – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil butter oil/essence vanilla
Chocolate rice (kuantiti ikut suka)

IKLAN

Dapatkan La Gourmet Vintage Collection dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MENYEDIAKAN:

1. Mula-mula, putar telur dulu sampai kembang.
2. Kemudian, masukkan mentega dan juga gula. Mentega jangan terlalu keras atau terlalu lembik.
3. Putar lagi sampai adunan menjadi kembang dan berkilat cantik.
4. Masukkan butter oil dan susu pekat. Putar lagi.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

Simple & Sedap, Mudah Je Nak Buat Kek Butter Choc Rice 
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pastikan tepung diayak terlebih dahulu.
6. Jangan lupa masukkan baking powder yang sudah diayak jugak. Putar sekejap.
7. Masukkan susu segar. Putar lagi bagi sebati. Kemudian, kaup di bahagian tepi supaya tiada aduanan yang tertinggal.

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Simple & Sedap, Mudah Je Nak Buat Kek Butter Choc Rice 
8. Masukkan choc rice. Ikut suka anda nak masukkan banyak mana. Tiada sukatan yang tepat. Kacau-kacau rata.
9. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah disapu mentega.

Simple & Sedap, Mudah Je Nak Buat Kek Butter Choc Rice 
10. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160-170C selama 40 minit api atas bawah. Sedap dan senang.

Simple & Sedap, Mudah Je Nak Buat Kek Butter Choc Rice 

Kredit resipi: Himawari Chan

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Guna Resipi Sama 30 Tahun, Memang Menjadi Buat Biskut Almond Chocolate Chip

Nama Unik Pasta Pesto, Tapi Rasanya Sangat Sedap

Ini Caranya Nak Buat Daging Masak Hitam Kenduri Style Jadi Sedap

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI