Sesuai Untuk Anak Ramai, Cara Buat Burger Kukus Sedap, Ringkas & Cepat 

Memiliki anak yang boleh tahan ramai, dengan ibu bapa bekerja memang memerlukan teknik supaya tetap dapat makan di rumah.

Paling penting, menu kenalah senang disediakan dan peralatan di dapur mudah dibersihkan. Tapi tetap sebolehnya menyihatkan dan anak-anak tetap berselera hendak makan.

Menerusi perkongsian resipi daripada Khabbab Jamalludin, hidangan burger kukus ini sangat sedap, ringkas, cepat disediakan.

Kelebihan Burger Kukus :

1. Bahan mudah.
2. Tidak ada tambahan minyak/mentega.
3. Lemak dari daging(patty) turut dikurangkan.
4. Daging patty tak mengecut sangat, moist dan lembut (tak kalah sedap berbanding digoreng) dan anak-anak approved.
5. Dapur tak berminyak bau masakan tak pergi merata tempat.
6. Tak perlu pakai banyak perkakas atau pinggan mangkuk.
7. Cepat kerana boleh masak serentak sekali banyak.

 

RESIPI BURGER KUKUS PAK BIDAN

Sesuai Untuk Anak Ramai, Cara Buat Burger Kukus Sedap, Ringkas & Cepat 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

Daging burger
Roti
Tomato | dihiris
Salad/sayuran yang sesuai
Sos cili – beli online di sini
Sos thousand island – beli online di sini
Kepingan cheese

Sesuai Untuk Anak Ramai, Cara Buat Burger Kukus Sedap, Ringkas & Cepat 

TONTON Dapur Rasa: Projek Air Tangan Emas

TONTON  Dapur Rasa Live: Spageti Sos Rendang 

CARA-CARA:

1. Masukkan daging patty dalam pengukus; boleh masak 6 sekaligus.

IKLAN

Sesuai Untuk Anak Ramai, Cara Buat Burger Kukus Sedap, Ringkas & Cepat 
2. Ini langkah penting. Roti dibelah 2 sebelum dikukus kerana lepas kukus gebu gebas susah nak potong.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Sesuai Untuk Anak Ramai, Cara Buat Burger Kukus Sedap, Ringkas & Cepat 
3. Ya, roti juga boleh muat 6 sekali jalan. Tak perlu sapu mentega ke apa. Lepas kukus, tekstur dia macam roti hailam kukus; lembut, fluffy, chewy sedikit. Memang best.

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]

Sesuai Untuk Anak Ramai, Cara Buat Burger Kukus Sedap, Ringkas & Cepat 
4. Panaskan air pengukus. Pengukus asal saya dah berlubang jadi saya pakai kuali saja.

Sesuai Untuk Anak Ramai, Cara Buat Burger Kukus Sedap, Ringkas & Cepat 
5. Letakkan tepak yang berisi daging dahulu. Tutup dan biarkan masak selama 5 minit. Antara 5 minit tu boleh balikkan pakai sepit. Jangan risau, tak melekat.

IKLAN

Sesuai Untuk Anak Ramai, Cara Buat Burger Kukus Sedap, Ringkas & Cepat 
6. Lepas daging masak (dalam 5 minit), baru letakkan tepak berisi roti di atas, tutup dan biar kukus selama 2 minit. Selepas itu boleh tutup api.

Sesuai Untuk Anak Ramai, Cara Buat Burger Kukus Sedap, Ringkas & Cepat 
7. Ini minyak lemak dari daging patty yang turun. Ada juga lagi ditepak patty tadi. Boleh bayangkan berapa banyak kita elak dari lemak masuk ke badan kita dan anak anak kita.

Sesuai Untuk Anak Ramai, Cara Buat Burger Kukus Sedap, Ringkas & Cepat 
8. Sediakan roti dan daging burger yang sudah siap dikukus. Boleh letakkan kepingan cheese jika suka.

Kredit resipi: Khabbab Jamalludin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Resipi Karipap Ikan Tersohor, Mudah Saja Nak Buat

Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Yang Sedap & Mudah

Comelnya Kuih Lapis Bentuk Bunga Sakura

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI