Durian tengah lebat ni, maklumlah memang dah musimnya. Selain makan begitu sahaja best dibuat serawa durian weiii. Serawa ni masak malam, esok baru dimakan lagi sedap sebab isi durian dah kembang dan sebati dengan santan. Tapi periuk jangan tutup rapat ye, sebab ada santan ‘
Cecah dengan roti putih atau roti jala memang puas tak terkatalah lazatnya. Tapi makan begitu sahaja pun sedapnya tak boleh nak bincang. Jom semak resipi yang dikongsikan Awatif Osman ni.
SERAWA DURIAN PEKAT LIKAT.
**
.BAHAN-BAHAN :
- 2 biji durian sederhana
- Setengah biji kelapa parut
- Secubit garam
- 1 setengah sudu gula
- 2 helai dun pandan
CARA MEMASAK :
1. Masuk sedikit air dalam kelapa. Jangan banyak. Perah kelapa yang diparut. Perah dulu kelapa sampai keluar santan. Baru tapis. Santan lebih pekat, pati santan. Dan fresh.
2. Kelapa yang dah diperah tadi masukkan sedikit air untuk dapatkan lebihan santan. Ulang cara yang sama.
*kalau beli santan, agak2 je dalam 2 cawan. Terlebih lemak boleh buat mengantuk.
.
3. Masukkan durian, santan dan daun pandan dalam periuk. Buka api sederhana dan kacau. Masukkan secubit garam untuk naikkan lemak dan gula untuk manis.
.
4. Terus kacau sampai masak. Isi durian akan lerai dengan sendirinya. Dan jangan tinggalkan serawa atas api yang menyala.
5. Siap! Boleh dimakan bersama roti putih atau roti jala. Saya suka makan camtu je. Hihi.
Berbaloi untuk dicuba. Gerenti super sedap.
Kredit foto & resipi : FB Awatif Osman
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR UNTUK MEMUDAHKAN DAN MEMPERCEPATKAN KERJA MEMASAK, ATAU BARANGAN ELEKTRIK UNTUK KEPERLUAN RUMAH , JOM LAYARI DI SINI, SEMUA PILIHAN ADA.
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
10 Panduan Pilih Durian Yang Isi Banyak, Masak Elok & Tak Keras.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Jenis Resipi Kuih Kampung Sebenar Warisan Nenek, Sedapnya!
Hidangan kuih autentik Melayu dari air tangan bonda. Tak ramai yang tahu resipi warisan bonda, apa kata kamu cuba resipi yang dikongsikan oleh Chef Sue Arukin ni untuk merasai sendiri rasa kuih kampung sebenar! Selamat mencuba.
UBI KAYU TUMIS BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ubi kayu | potong dadu kecil dan rebus empuk
- 1/2 cawan ikan bilis
- 3 tangkai cili kering | potong kecil
- 1 biji cili merah | hiris
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 4 ulas bawang putih | hiris halus
- 1 sudu teh serbuk cili
- 2 tangkai daun kari
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Di dalam kuali panaskan minyak masak.
2. Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.
3. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi.
4. Masukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi.
5. Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng. Gaul sebati.
6. Tambah garam dan gula secukup rasa.
7. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain rebus, ubi boleh juga digoreng dahulu sebelum ditumis dengan bilis.
……………………
PENGAT UBI-UBIAN
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 biji keladi | bersihkan dan potong dadu
- 1 biji ubi keledek | potong dadu
- 1 batang ubi kayu | potong dadu
- 1 cawan labu | dadu
- 1/2 cawan sagu | rendam dan toskan
- 2 cawan santan pekat
- 200gm gula
- Secubit garam
- Sehelai daun pandan | simpul
CARA MEMASAK:
1. Keladi, ubi keledek, ubi kayu dan labu direbus empuk dan toskan.
2. Satukan santan, gula, sagu dan daun pandan di dalam periuk.
3. Didihkan hingga semua bahan larut dan sebati.
4. Masukkan ubi-ubian rebus dan didihkan beberapa minit lagi.
5. Tambah secubit garam.
6. Pengat sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka anda boleh tambahkan gula Melaka, tetapi kurangkan sedikit gula pasir.
………….
BUBUR CANDIL GANDUM
BAHAN-BAHAN:
- 800ml santan pekat
- 200gm tepung dandum
- 250gm gula
- 150ml air perahan daun pandan
- 1 helai daun pandan | siat & simpul
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
2. Tuang air perahan daun pandan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
3. Jika doh terlalu keras, tambah sedikit air dan jika doh terlalu lembik, tambah sedikit tepung gandum.
4. Setelah doh menjadi lembut, bentukkan doh mengikut bentuk yang disukai.
5. Didihkan air yang banyak di dalam periuk, rebus doh candil pandan hingga ia terapung. Toskan.
6. Di dalam periuk lain, satukan santan, gula, daun pandan dan secubit garam lalu didihkan dengan api yang kecil hingga mendidih.
7. Masukkan doh candil yang telah direbus tadi dan didihkan seminit dua lagi hingga semua bahan sebati.
INFO CHEF: Jika mahu warna-warni anda boleh warnakan doh ikut warna kesukaan.
…………….
BINGKA UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ubi kayu | parut dulu baru timbang
- 2 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 3/4 cawan gula kastor
- 1/2 sudu teh garam halus
- Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Ubi yang telah diparut dicampur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 20 minit.
2. Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang ke dalam mangkuk.
3. Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula, garam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk berisi sagu ubi tadi lalu kacau rata.
4. Sapu loyang pembakar dengan mentega. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan ratakan. 5. Boleh juga tambah sedikit mentega dibahagian atas adunan ubi.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga bingka masak.
7. Sejukkan dan potong.
INFO CHEF: Jika ingin cepat anda boleh perah air ubi kayu yang telah diparut tadi.
……………
TALAM UBI
BAHAN-BAHAN:
A: LAPISAN BAWAH:
- 800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang
- 300ml air
- 150ml santan pekat
- 250gram gula
- Pewarna kuning
B: LAPISAN ATAS:
- 800ml air
- 320ml santan pekat
- 100gram tepung beras
- 80gram tepung ubi
- 80gram tepung gandum
- 2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.
2. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.
3. Sediakan loyang yang dialas dengan plastiK.
4. Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.
5. Kukus selama 40 minit.
6. Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.
7. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.
8. Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus kuih talam selama 30 minit lagi.
9. Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Biarkan betul-bteul sejuk baru dipotong.
RESIPI : CHEF SUE ARUKIN, SRI ANDALAS, SELANGOR.
Koleksi Kerabu Yang Mudah Buat & Kecur Liur
Menu kerabu sangat sesuai dipadankan dengan lauk-lauk kampung dan menjadi pembuka selera.Bahan- bahan yang digunakan ringkas dan mudah didapati.Sesekali makan menu kampung begini memang menambah nasi.
KERABU NANGKA MUDA
Bahan-bahan:
- Nangka muda (direbus hingga empuk dan lembut)
- 5 ekor ikan kembong (dibakar dan ambil isinya)
- 1/2 biji kelapa parut(disangai hingga garing kekuningan,kemudian ditumbuk halus)
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu besar lada hitam
- 2 batang serai(dihiris nipis)
- 2 batang bunga kantan (dimayang nipis)
- 1 kotak santan pekat
(Direneh atas api hingga mendidih supaya kerabu tahan lama) - 2 biji limau nipis(diperah ambil jusnya)
- 5 biji cili padi( dipotong nipis)
- Garam gula secukup rasa
- Perasa
Cara membuat:
1.Mula-mula tumbuk lada hitam,bawang merah,serai dan putih serta ikan bakar hingga lumat.
2.Kemudian tumbuk kelapa hingga halus.
3.Mayang nipis bunga kantan,nangka yang direbus hingga lembut ditoskan.
4.Didihkan santan.
5.Kemudian satukan semua bahan.
6.Tambah garam gula dan perasa.
7.Akhir sekali masukkan santan pekat.
8.Gaulkan semua sekali bahan hingga sebati.
9.Boleh taburkan cili padi yang dipotong dan perah asam limau supaya kerabu berasa lemak,masam,pedas,cukup rasa.
10.Siap untuk dihidang.
KERABU MANGGA
Bahan-bahan:
- 2 biji mangga muda( disagat)
- 1 biji bawang Holland ( dihiris nipis)
- 2 batang serai( ambil bahagian dalam dihiris nipis)
- 2 biji cili merah besar dan 5 biji cili padi( dihiris nipis)
- 2 biji limau nipis( diperah dan ambil jusnya)
- 3 tangkai bunga kantan (dimayang)
- 1 biji tomato ( dihiris nipis)
- Bilis goreng ( optional)
- Daun ketumbar( optional)
- Garam, gula, perasa
- 2 sudu besar sos ikan
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan no 1 hingga no. 7 di atas, gaul rata.
2.Kemudian taburkan garam gula dan perasa.
3.Taburkan bilis goreng dan daun ketumbar serta perah limau nipis.
4.Siap untuk dihidang.
KERABU JANTUNG PISANG
Bahan-bahan:
- 1 biji jantung pisang (dipotong dan direndam air garam kemudian direbus hingga empuk. Masukkan asam keping ketika merebus)
- 2 cawan kelapa parut muda
- 3 ekor ikan selayang (dibakar atau rebus dan diambil isi)
- 1 genggam ikan bilis( digoreng ranggup)
- 3 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu besar lada hitam
- 1 batang serai ditumbuk halus
- 5 biji cili padi (dihiris nipis)
- 1 biji limau nipis
- Garam, gula secukup rasa
- Perasa
- 3 urat kacang panjang (dipotong kecil)
Cara membuat:
1.Tumbuk lada hitam hingga lumat diikuti oleh bawang merah dan putih.
2.Ambil isi ikan dan tumbuk sekali.Ketepikan.
3.Panaskan kuali.Masukkan kelapa parut tadi.Goreng hingga airnya kering.Jangan sampai bertukar warna.
4.Kemudian ambil satu bekas atau mangkuk masukkan isi ikan yang ditumbuk bersama bawang tadi.
5.Kelapa gaul bagi rata dan sebati.
6.Kacau,kemudian masukkan jantung pisang yang direbus tadi.
7.Gaul bagi sebati.
8.Masukkan garam & gula.
9.Hidangkan dalam mangkuk.Taburkan cili padi dan perah limau nipis.
10.Siap untuk dimakan.
Kredit: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Macam Dulu-Dulu. Begini Cara Buatnya
Dijamin Bersih & Halal, Buat Sendiri Sawi Jeruk Hanya Guna 5 Bahan
Cara Mudah Buat Ikan Masin / Ikan Budu / Ikan Jeruk Secara Homemade
Tak Sakit Tekak, Buat Sendiri Jeruk Mangga Sedap Tanpa Guna Ibu Jeruk
Buat Sendiri Jeruk Limau Nipis Homemade. Mudah, Sedap, Pelbagai Guna
Cara Buat Cili Jeruk Homemade Yang Sedap, Rangup & Tak Lembik
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kerepek Gunting Air Tangan Mertua Paling Sedap.
Kerepek Gunting adalaha antara snek tradisional yang ramai peminatnya. Sesuai sangatlah dengan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang ni. Anda boleh sajikan buat tetamu yang datang beraya di rumah. Malah, kalau nak buat kudap-kudap lepas terawih pun sedap! Menurut Haniza Angah Ija, ni adalah resipi mak mertuanya. Mesti best! Jom cuba.
RESIPI KEREPEK GUNTING
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 10 tangkai cili kering (*)
- 2 sudu besar udang kering/udang kepal (*)
- 1/2 sudu kecil jintan manis (*)
- 1/2 sudu kecil jintan putih (*)
- Secubit garam
- 2 sudu besar minyak masak
- 120ml air – campurkan sikit-sikit masa menguli
- Sedikit daun kari – guna masa menggoreng
- Minyak untuk menggoreng
(* dikisar)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan (*) dan kisar kering hingga menjadi seperti serbuk.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung.
3. Tambahkan garam dan minyak masak. Gaul rata.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai adunan menjadi kenyal. ( adunan akan jadi macam doh karipap)
5. Buat doh-doh kecil untuk memudahkan proses mencanai.
6. Canai doh tadi menjadi nipis dan panjang. Tabur tepung supaya permukaan doh tidak berminyak dan melekat.
7. Potong nipis menggunakan pisau. Doh juga boleh digunting.
8. Tabur sedikit tepung supaya doh yang digunting tidak melekat.
9. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng bersama daun kari sehingga garing.
10. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
TIP RASA: Untuk kuih yang kekal rangup, pastikan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Haniza Angah Ija