Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk ni memang sedap. Nampak ringkas je cara penyediaannya tapi percayalah, rasanya memang membuka selera. Kalau dekat dapur ada lebihan ikan goreng, sesuai sangat masak menu ni. Sedap! Untuk makan tengahari, malam ke, sarapan ke…memang sesuai lah. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari  Farihah Zulkifle ni. Pasti puas hati.

NASI GORENG IKAN CILI TUMBUK

BAHAN-BAHAN TUMBUK (JANGAN BLENDER):

  • 1 @ 2 biji bawang besar
  • 6-8 ulas bawang putih
  • 1 genggam cili kering  (rebus dan buang biji dahulu)
  • Ikan bilis sejemput – nak beli ikan bilis murah? Dapatkan DISINI
  • Nasi putih
  • Kacang buncis – (guna buncis sebab tidak mahu kacau rasa nasi)
  • 4 ekor ikan – (Garam & kunyitkan, kemudian goreng)
  • 2 biji telur – ( Goreng asing boleh atau hendak pecahkan dalam nasi pun boleh)

Sepinggan Tak Cukup. Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Ni Memang Sedap.

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan yang di tumbuk hingga pecah minyak. (Pecah minyak menandakan cili sudah masak)

Sepinggan Tak Cukup. Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Ni Memang Sedap.

2. Bila sudah pecah minyak, masukkan isi ikan dan perasakan dengan sedikit garam.(Ingat ikan sudah diperasakan dengan garam). Tumis sehingga garing.

Sepinggan Tak Cukup. Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Ni Memang Sedap.

IKLAN

3. Kemudian masukkan nasi putih.

Sepinggan Tak Cukup. Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Ni Memang Sedap.

4. Kacau rata kemudian baru masukkan kacang buncis. Masukkan kacang buncis akhir sekali sebab mahu tekstur rangup.

Sepinggan Tak Cukup. Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Ni Memang Sedap.

5. Kacau rata lagi sehingga bahagian bawah garing sedikit.

Sepinggan Tak Cukup. Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Ni Memang Sedap.

IKLAN

Sepinggan Tak Cukup. Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Ni Memang Sedap.

Info: Sedap makan dengan telur mata kerbau.

 

Kredit resipi & foto: Farihah Zulkifle

 

IKLAN

Nak beli BAHAN SEGAR untuk masak tapi kurang rajin nak ke pasar? Jangan risau. Beli je secara online DISINI. Pilih, bayar & tunggu barang sampai. Mudah kan?

 

Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.

Resipi Kek Ribut Viral Penuh Limpahan Coklat. Memang Sedap!

5 Masakan Peha Ayam & Drummet Yang Sedap DiRatah. Gerenti Licin.

Buat Pecal Sendiri, Sedap & Sihat DiMakan Bersama Keluarga.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI