Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan Senang Je Rupanya Nak Buat Sweet Potato Bun

Senang Je Rupanya Nak Buat Sweet Potato Bun

Roti Kentang ataupun Sweet Potato Bun ni, biasanya nampak dijual di Tesco. Lembut dan gebu je bila makan.

Kalau buat sarapan, cicah dengan air kopi O memang sedap. Rupanya senang je nak buat roti kentang ni. Jom kita cuba dengan resipi yang dikongsi Hidayati Hana.

 

SWEET POTATO BUN/ROTI KENTANG

Senang Je Rupanya Nak Buat Sweet Potato Bun

BAHAN-BAHAN:

60gm ubi kentang | rebus & lecek – beli online di sini
1 biji telur
50gm gula – beli online di sini
Sedikit garam
70gm air sejuk
250gm tepung high protein/tepung roti – beli online di sini
1 sudu kecil yis – beli online di sini
30gm marjerin – beli online di sini

TONTON Roti Wholemeal Walnut Bersama Chef Ritzuwan Syde Rosmada, Ritz The Baker

TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live

IKLAN

CARA-CARA:

1. Masukkan bahan-bahan ikut turutan di atas ke dalam bread maker/mixer.
2. Uli sampai elastik. Kemudian, perap dalam 1 jam.
3. Bahagikan adunan setiap doh 30gm x 16 biji. Bentukkan bulat dan susun dalam loyang 8 inci.

Senang Je Rupanya Nak Buat Sweet Potato Bun
4. Biarkan roti kembang sehingga 2 kali ganda. Pipekan krim kastard atas roti tadi.
5. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 25 minit. Dah siap bakar, sapukan marjerin cair atas roti.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

Senang Je Rupanya Nak Buat Sweet Potato Bun

IKLAN

KRIM KASTARD

100gm susu cair – beli online di sini
1 sudu besar gula – beli online di sini
1 sudu besar tepung kastard (campur sedikit air) – beli online di sini

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Senang Je Rupanya Nak Buat Sweet Potato Bun

CARA-CARA:

IKLAN

1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga pekat sedikit.
2. Masukkan dalam piping bag dan sejukkan sekejap.

Kredit resipi: Hidayati Hana

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Cara Senang Buat Bawang Putih Goreng Crunchy & Tak Pahit

Sudah Lebih 10 Tahun Buat Kek Red Velvet, Resipi Ini Paling Menjadi  

Senang Rupanya Nak Buat Putu Mayam, Rasa Sedap & Lembut Je

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI