Siapa kata buat Siakap Kerabu Mangga ni susah, dan kenapa nak buang duit hingga RM30-RM40 hanya untuk seekor ikan siakap masak menu ni di kedai, kadang-kadang harga lebih dari itu. Ada lebih baik anda buat sendiri dengan modal tak sampai RM15 anda boleh siapkan menu ini di rumah dengan berpandukan resipi yang dikongsikan di bawah. Dah tentu rasa sedap, jimat dan anda lebih selamat cari covid kerana duduk di rumah.

IKAN SIAKAP KERABU MANGGA
BAHAN-BAHAN:
IKAN GORENG:
1 ekor ikan siakap |siang bentuk butterfly dan bersihkan.
1 biji telur
1 cawan tepung jagung
Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN KERABU MANGGA:
2 biji mangga epal muda
10 biji cili padi | hiris halus

IKLAN

1 biji bawang besar | mayang halus
1 helai daun limau purut | mayang halus
1 kuntum bunga kantan| mayang halus
1 sudu makan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
Sos Cili Thai secukupnya

IKLAN
IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, sementara itu gaulkan ikan dengan garam dan lada sulah.
  2. Celupkan dalam bancuhan telur kemudian salutkan dengan tepung jagung.
  3. Goreng dalam minyak banyak (deep fry) hingga garing.
  4. Untuk menyediakan kerabu mangga, campurkan hirisan mangga dengan bahan yang dimayang halus dalam mangkuk.
  5. Campurkan gula, cuka dan garam , kemudian tuang dalam mangkuk campuran bahan hirisan.
  6. Gaul rata. Kemudian masukkan dalam pinggan dan letakkan ikan di atas dan taburkan kerabu di atas ikan.
  7. Sebagai penambah perasa, tuangkan sos cili Thai di atasnya.
  8. Ikan Siakap Kerabu Mangga sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI