Walaupun banyak biskut moden di pasaran, biskut lama juga yang menjadi kesukaan ramai. Bahan yang mudah digunakan dan rangup. Buat banyak-banyak, simpan untuk kudapan seisi keluarga. Jom kita buat ikut resipi ini.
Sedapnya Kek Keju 4 bahan ni. Teksturnya yang sangat gebu, ringan dan seakan kapas ni menjadikan ia menjadi kegemaran ramai. Malah resipi perkongsian saudari Nurul Athira ni dikatakan tidak berbau hanyir telur. Wow…Jom cuba.
CARA MASAK KEK KEJU 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
250gm krim keju
250gm susu pekat manis
5 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK: 1. Asingkan putih dan kuning telur. Pastikan tidak bercampur. 2. Pukul putih telur hingga kental dan bertanduk. (soft peak. Cara nak tahu, bila terbalikkan bekas, meringue tidak jatuh.) 3. Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama susu pekat manis sampai kembang. 4. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi sampai sebati. 5. Akhir sekali, masukkan tepung. Kaup balikkan sampai sebati. 6. Tuang bancuhan krim keju ke dalam bekas putih telur. Kaup balik guna spatula hingga sebati. 7. Ambik acuan, lapik baking paper dan tuang adunan. 8. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut oven masing-masing. 9. Bila masak, keluarkan kek dari acuan dan sedia untuk dinikmati.
Selalu kita dengar kek coklat vanila kan? Kali ni kita buat kek cokat sunquick pula. Rasanya mesti unik sebab ada rasa coklat dan masam manis oren sunquick. Jom try.
BAHAN DIKISAR
• 4 biji telur.
• 1 cawan gula
• 4 sudu besar susu pekat manis
• 4 sudu besar serbuk koko
• 4 sudu besar sunquick
• 1 sudu besar ovelet
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 sudu kecil coklat emulco
Cara membuat
1. Satukan semua BAHAN DIKISAR. Kemudian putar guna mixer sampai gebu. Masukkan air suam dan minyak masak. Putar lagi sampai sebati.
2. Masukkan tepung gandum. Putar sebati. Kemudian tuang parutan coklat masakan tadi di dalam bancuhan tepung. Hanya perlu kaup-kaup sahaja dengan sudip.
3. Tuang dalam acuan. Acuan perlu sapu minyak masak.
4. Tabur coklat chips.
5. Kek ini boleh dibakar atau dikukus.
6. Bakar pada suhu 180°C selama 45 minit. Tepulang pada oven masing-masing.
Nak buat kek yang sedap tapi tak renyah ni sebenarnya banyak je resipinya. Resipi kek mini Strawberry Oreo Cheese yang bakal saya kongsikan di bawah ni sangat mudah dan anak-anak di rumah pasti suka. Resipi penuh yang telah dikongsikan oleh Azlina Ina ni sangat sedap dihidangkan untuk ahli keluarga di rumah lagi-lagi yang suka makan keju. Rasa masam lemak manis gabungan keju dan strawberi ni memang ngam!
KEK MINI STRAWBERRY OREO CHEESE
BAHAN-BAHAN:
(BAWAH)
300gm oreo @ biskut marie – dikisar
130gm majerin – cairkan
Biskut dan marjerin – gaul sebati
Tekan biskut pada dasar cawan kertas.
Guna cawan kertas yg kedut tepi dan boleh regang tepinya Saiz S atau M
(ATAS)
500gm cream cheese tatura wajib suhu bilik
100gm gula ising
210ml fresh yogurt strawbery flavour
20gm tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil emulco strawbery atau cordial strawbery
*guna mixer bentuk sauh dah sebati tukar bentuk sanggul
5. Masuk dalam cup yang ada crust oreo/biskut merry yang kita padatkan.
6. Letak filling bukan jem ya.
7. Filling ade gelatin jadi dia tak turun ke bawah.
8. Kemudian penuhkan dan kalau nak buat corak, letak filling atas dia.
9. Bakar 150 30-35 minit sebelah dulang cup tadi korang letak tuala basah yang betul-betul basah tau letak dalam loyang ya dan bakar water bath macam biasa je.