Sedapnya menikmati segelas jus lemon atau limau nipis dikala cuaca panas. Masam-masam manis! Terasa sangat segar dan menyejukkan. Biasanya untuk menyediakan minuman, anda akan menghiris lemon untuk mendapatkan jusnya. Ada juga yang menggunakan lemon ‘squeezer’ bagi lebih memudahkan kerja.

       

Terdapat dua jenis pemerah yang boleh didapati di pasaran. Ada yang versi tekan dan ada juga versi yang perlu dikepit. Bagi yang menggunakan pemerah lemon jenis kepit ni, biasanya anda akan memotong buah kepada dua bahagian, letakkan di dalam pemerah dan kepit sehingga semua jus keluar. Kadang-kala kepit dah sekuat hati hingga menyakitkan tangan. Tetapi jus yang keluar tak banyak mana pun.

Rupa-rupanya, ada cara lebih baik untuk guna‘squeezer’ agar jus yang diperah lebih banyak.  Menurut Buzzfeed, selepas memotong lemon ( atau  limau  ) pada separuh, potong sedikit di bahagian hujungnya. Kemudian, letak potongan limau atau lemon ke dalam ‘squeezer’ dan kepit. Hasilnya, selain jus lebih banyak, ia juga tidak menyakitkan tangan dan kerja-kerja memerah menjadi lebih cepat.

 

Anda rasa anda seorang je yang tak tahu trik ni salama ini? Jangan bimbang, you are not alone!

Jadi lepas ni kalau nak buat jus, boleh cuba trik ni ya!

Rujukan: housebeautiful.com

Komen anda