Sederhana Tapi Penuh Rasa Enak, Ayam Sos Tiram Masak Cili Kering

Bau aroma cili kering yang digoreng menaikkan lagi kesedapan hidangan yang nampak sederhana ini. Hidangan ayam yang penuh dengan rasa sikit pedas, masin & manis cukup menyelerakan.

AYAM SOS TIRAM MASAK CILI KERING

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 250gm ayam
  • 3cm halia
  • 1/2 bawang besar
  • 7 cili kering – rendam hingga separuh lembut
  • daun bawang – hiris
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN A (PERAP):

  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh kicap cair
  • sedikit kicap pekat

BAHAN B (UNTUK KUAH):

IKLAN
  • 1/2 cawan air masak
  • 1 sudu makan sos oyster
  • 1/2 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh (pilihan) tepung
  • Sedikit serbuk lada putih & hitam

PERSEDIAAN:

IKLAN
  1. Perap ayam dengan bahan A selama 30minit
  2. Campurkan semua bahan B hingga larut

CARA MEMASAK:

  • Goreng ayam yang telah di perap dan ketepikan.
  • Panaskan kuali dan sedikit minyak. Masukkan halia, setelah naik bau masukkan bawang besar dan cili kering. Goreng sehingga bawang sedikit layu.
  • Masukkan bahan untuk kuah & ayam yang telah di goreng tadi.
  • Setelah kuah sedikit pekat, angkat & hidangkan.
  • Taburkan hirisan daun bawang. Siap untuk dihidangkan.

INFO:

  1. Bagi yang suka kuah boleh lebihkan air.
  2. Sukatan bahan adalah bergantung kepada citarasa masing-masing (boleh ubah ikut citarasa anda)

KREDIT GAMBAR & RESIPI: Jo Isabelle Joannes

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI