Pemanis mulut paling mudah disediakan dan bahannya biasa ada dalam dapur mak-mak yang ada ramai anak di rumah. Cuba perlukan tiga bahan utama iaitu agar-agar, milo dan susu sahaja. Untuk resipi penuh anda boleh rujuk pada resipi yang disertakan ini, sangat mudah dan sedap. Lagi sedap kalau dimakan sejuk, bimbang tak sempat sejuk, anak-anak tak sabar menunggu.

AGAR-AGAR MILO
BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar tali | 20gram
5 gelas air
1/2 tin susu pekat manis
1 senduk gula pasir
1cawann milo
1/2 sudu teh garam | utk melemakkan rasa

IKLAN

CARA MEMBUAT:
1. Masak agar-agar bersama air dan garam hingga larut.
2. Masukkan pula gula,kacau hingga hancur.
3. Kemudian masukkan milo,susu sambil dikacau rata hingga mendidih, guna api sederhana.
4. Setelah masak, tuangkan agar-agar ke dalam loyang.
5. Biarkan suam dan hilang wap panasnya baru masukkan ke dalam peti sejuk.
6. Setelah sejuk, agar-agar sedia dihidangkan

IKLAN
IKLAN

Kredit, Ainafiqa zamina

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI