Jika kita berkunjung ke majlis kahwin atau kenduri, pasti menu hidangan antara yang menjadi tumpuan.

Menu nasi planta ayam masak merah memang gabungan yang sempurna dan makan pun boleh bertambah.

Menerusi perkongsian resipi daripada Noriza Awang Hamat ini, cara membuatnya mudah dan tidak merumitkan. Jom kita masak!

 

NASI PLANTA

Sedap Macam Makan Kenduri, Ini Cara Buat Nasi Planta & Ayam Masak Merah

BAHAN-BAHAN:

3 cawan beras basmathi – beli online di sini
3 sudu besar marjerin (saya guna planta) – beli online di sini
3 ½ cawan air
1 cawan susu cair – beli online di sini
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis – beli online di sini
3 biji buah pelaga
2 helai daun pandan
Garam secukupnya
1 kiub stok ayam
Pewarna kuning

TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan | Dapur Rasa Live

TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live

BAHAN KISAR:

6 biji bawang merah – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
Sedikit halia – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

IKLAN

BAHAN HIASAN:

Bawang goreng – beli online di sini
Daun bawang dihiris

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MASAK:

1. Panaskan marjerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan.

AYAM MASAK MERAH

½ ekor ayam (dipotong kecil, dicuci bersih dan digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam, goreng separuh masak)

Sedap Macam Makan Kenduri, Ini Cara Buat Nasi Planta & Ayam Masak Merah

IKLAN

BAHAN UNTUK DIKISAR:

20 biji cili kering (direbus terlebih dahulu) – beli online di sini
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
5 biji bawang putih

BAHAN LAIN:

Rempah 4 sekawan
Asam keping
Sedikit sos cili & sos tomato

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga rata kemudian masukkan sos cili, sos tomato, asam keping garam dan gula.
2. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam goreng tadi, kacau sebati. Akhir sekali, tabur daun bawang.

Sedap Macam Makan Kenduri, Ini Cara Buat Nasi Planta & Ayam Masak Merah

IKLAN

ACAR TIMUN

1 batang timun
1 batang lobak merah – beli online di sini
1 biji bawang besar
1 biji cili merah – beli online di sini
Sedikit cuka makan
Garam & gula secukupnya

CARA-CARA:

Potong dan gaulkan semua bahan. Okay, siap!

Kredit resipi: Noriza Awang Hamat

Sedap Macam Makan Kenduri, Ini Cara Buat Nasi Planta & Ayam Masak Merah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Petua Rawat Batuk Secara Semulajadi Dengan Bawang Holland & Madu

Memang Terliur, Gulai Ayam Kelantan Sedak Sengoti!  

Resipi Mudah, Sedap & Pasti Jadi Murtabak Maggi

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI