Penggemar sajian Sawi Jepun Masak Sos Tiram pasti tahu betapa mudahnya untuk emmasak hidangan ini. Tidak perlu bahan memasak yang sukar. Hanya guna beberapa bahan serba ringkas dan mudah didapati sahaja. Dalam masa 15 minit pun boleh siap masak. Bagi anda yang baru berjinak nak makan sayur hijau, resipi ini boleh dicuba. Sawi jepun ni tidak mempunyai rasa yang kuat dan sedap. Cubalah. Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Anda pasti sukakannya.

CARA MASAK SAWI JEPUN SOS TIRAM YANG SEDAP & MUDAH

Sawi Jepun Masak Sos Tiram. Sedap Macam Dekat Kedai

BAHAN-BAHAN:
3 batang sawi Jepun
4 ulas bawang putih beli online disini
Sedikit minyak masak
3 sudu besar air
2 sudu besar sos tiram beli online disini
2 sudu besar bancuhan tepung jagung beli online disini

CARA MEMASAK:

1. Sawi Jepun dibersihkan dan potong belah tengah. Satu pokok sawi akan dapat dua sisi sawi.

Sawi Jepun Masak Sos Tiram. Sedap Macam Dekat Kedai
2. Rebus selama 2 minit dan toskan. Susun di atas pinggan.

Sawi Jepun Masak Sos Tiram. Sedap Macam Dekat Kedai
3. Hiris halus bawang putih.

IKLAN

Sawi Jepun Masak Sos Tiram. Sedap Macam Dekat Kedai
4. Kemudian goreng bawang putih dengan minyak masak sehingga warna bawang keemasan. Angkat dan letak tepi.

Sawi Jepun Masak Sos Tiram. Sedap Macam Dekat Kedai
5. Tinggalkan sedikit minyak bawang tadi, tambahkan air dan sos tiram. Kacau perlahan. Tidak perlu tambah garam sebab sos tiram sudah cukup masin.

Sawi Jepun Masak Sos Tiram. Sedap Macam Dekat Kedai
6. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga kuah menjadi tebal dan likat.

Sawi Jepun Masak Sos Tiram. Sedap Macam Dekat Kedai
7. Tuangkan sos tiram ke atas susunan sawi rebus tadi.

Sawi Jepun Masak Sos Tiram. Sedap Macam Dekat Kedai
8. Taburkan kepingan bawang putih goreng.

IKLAN

Sawi Jepun Masak Sos Tiram. Sedap Macam Dekat Kedai
9. Sawi Jepun Masak Sos Tiram sedia untuk dihidang.

Sawi Jepun Masak Sos Tiram. Sedap Macam Dekat Kedai

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Telur & Tauhu Masak Kicap Cili Padi. Lauk Mudah, Super Sedap!

Sekali Buat Dapat 30 Biji. Resipi Golden Fries Ball Ni Memang Sedap & Mudah

Resipi Kerepek Gunting Air Tangan Mertua. Mudah & Sedap

Resipi Gulai Ikan Kering Sedap Cara Orang Kelantan

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI