Mulakan hari dengan penuh tenaga dan tiada alasan lagi untuk tidak bersarapan. Resipi srambled egg cara jamie oliver yang pantas dan sihat.
SCRAMBLE EGG
BAHAN-BAHAN
- • 3 biji telur saiz Jumbo
- * Garam & lada hitam
- * 10gm mentega
- * Tomato cherry – Pilihan
- * Hot dog – Pilihan
- * Mozarella cheese – Pilihan (Topping akhir sekali dan jenis cheese ni jer ada dekat rumah)
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur sampai sebati
2. Panaskan non stick pan dengan mentega. Gunakan api perlahan.
3. Masukkan telur yang sudah dipukul. Kacau perlahan dan terbalik-balikkan.
4. Jangan sampai telur itu masak lebih 80% nanti jadi telur dadar.
5. Akhir sekali taburkan lada hitam, garam dan keju.
6. Makan dengan hot dog dan tomato cherry.
INFO:
- Scrambled eggs atau telur hancur ini kalau basah-basah dan lemak sikit maknanya awak berjaya buat sampai jadi.
- Ada yang suka lebih lemak boleh tambah sedikit susu segar.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Sufi Sufian
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
4 Langkah Mudah Buat Telur Setengah Masak, Confirm Jadi Punya Lah!
Cara Halau Tikus, Semut & Lipas Dari Dapur Tanpa Guna Racun Kimia.
http://www.rasa.my/jimat-murah-pantas-telur-hancur-pedas-power-memikat/
Nasi Goreng Telur Ikan Bilis Simple Hidangan Pantas Bila Lapar
Snek Ringan Roti Telur Goreng Cili Kering Untuk Bau Yang Harum
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara-Cara Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam Biasa. Memang Menjadi!
Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam yang menggunakan telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur masin tu. Berminyak je. Menurut empunya resipi iaitu saudara Are Peace, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR AYAM MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur ayam gred B – basuh bersih dan keringkan.
- 1kg garam kasar
- Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk. Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya. Jangan guna air garam yang masih panas kerana ia hanya akan merosakkan telur.
3. Masukkan telur yang telah dibasuh bersih ke dalam bekas bersesuaian. Sebaiknya bekas plastik yang mempunyai penutup. Tuang air garam hingga paras menenggelamkan telur.
4. Tutup bekas dan biarkan telur masin anda di tempat gelap selama 14 hari.
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Ia bagi mengelakkan telur terlebih masin. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Kredit resipi & foto: Are Peace
Nak cuba lebih banyak resipi makanan berjeruk yang boleh buat secara homemade? Klik disini.
Resipi Sup Mudah Dan Sedap Tambat Selera Sahur. Tak Ambik Masa Lama Pun!
Buat yang kering idea atau baharu ‘bermesra’ dengan dapur, anda boleh memilih untuk menghidangkan variasi jenis sup yang tidak mengambil masa yang lama dan mudah untuk dibuat untuk hidangan berbuka mahu pun bersahur. Selamat mencuba.
1. SUP AYAM THAILAND
BAHAN-BAHAN:
- 1/4 ekor ayam | dipotong kecil
- 1 batang serai | dititik
- 2sm lengkuas | dititik
- 1 batang saleri | dipotong serong
- 1 biji tomato | dipotong empat
- 1 batang akar daun ketumbar
- 3-4 biji cili padi | dipotong
- ½ biji limau nipis
- 1biji bawang besar | dihiris
- 2 ulas bawang merah | dikisar
- 1 ulas bawang putih | dikisar
- Sedikit sos ikan
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
- 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
- Air secukupnya
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan kisar sehingga harum.
- Masukkan sekali cili padi, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
- Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak.
- Seterusnya, masukkan batang saleri, tomato dan akar ketumbar. Perasakan secukupnya.
- Akhir sekali, perahkan jus limau nipis dan tutup api.
INFO CHEF: Jangan biarkan kulit limau nipis di dalam sup untuk mengelakkannya dari menjadi pahit. Seeloknya, hanya masukkan perahan limau nipis sahaja tanpa kulitnya.
2. SUP IKAN SAWADEE-KA
BAHAN-BAHAN:
- 5-6 keping isi ikan merah
- 1 batang serai | dititik
- 2sm lengkuas | diketuk
- 5 helai daun limau purut
- 2 helai daun pandan | disimpul
- 3 biji bawang merah | dihiris halus
- 2 ulas bawang putih | dihiris halus
- 3-4 sudu besar perahan limau nipis
- 1 kiub pati ikan
- 5 biji cili api | dipotong serong
- 1 liter air
- Garam secukup rasa
- Sedikit daun bawang
- 1 tangkai daun ketumbar
- Minyak bagi menumis
- Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
- Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
- Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.
INFO CHEF: Sesetengah resipi di Thailand menggantikan penggunaan limau nipis dengan belimbing buluh.
3. SUP BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm bebola daging
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih | dimayang
- 2sm halia | dihiris halus
- 1/2 batang saderi | dipotong halus
- 3-4 biji cili padi | dihiris halus
- 1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1 sudu besar pati ayam
- 1 sudu kecil garam
- Air secukupnya
- Sedikit daun bawang
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian masukkan air.
- Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
- Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
- Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.
INFO CHEF: Jika bebola daging yang digunakan mempunyai bau yang ‘kuat’, anda boleh perahkan limau nipis atau masukkan cuka ke dalam sup.
4. SUP SAYUR DIET
BAHAN-BAHAN
- 4-5 ulas bawang putih | dicincang
- 2 biji bawang kecil | dihiris halus
- 2sm halia | diketuk
- 2 ketul tauhu | dipotong empat
- 100 gm putik jagung
- 200gm cendawan shimeji
- 2 biji tomato | dipotong enam
- 200gm brokoli
- 1/2 batang saderi
- 1 sudu kecil pati ayam
- 1 sudu kecil garam
- 3 sudu besar minyak zaitun
- Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih beserta bawang merah dan halia.
- Apabila naik bau, masukkan air dan biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan brokoli, putik jagung dan cendawan. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi dan masukkan sayuran yang lain.
- Perasakan secukupnya dengan garam dan pati ayam dan akhir sekali masukkan tauhu.
- Biarkan mereneh seketika sebelum menutup api.
INFO CHEF: Anda boleh mempelbagaikan pilihan sayur-sayuran yang mahu digunakan dalam resipi ini.
5. SUP TELUR GOYANG DAN SUHUN
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 2sm halia | dikisar
- 2 biji telur
- 100gm kacang pea
- 100gm sawi bak choy
- 2 biji tomato | dipotong empat
- 50gm suhun
- 30gm sayur fucuk
- 2 sudu besar pati ayam
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam kasar
- Air secukupnya
- 2 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan air dan biarkan mereneh.
- Seterusnya masukkan kacang pea, sawi bak choy dan tomato.
- Apabila mendidih, segera masukkan suhun dan sayur fucuk ke dalam sup.
- Perasakan secukupnya dengan garam, pati ayam dan lada hitam.
- Pecahkan telur dan biarkan masak. Sedia dimakan.
INFO CHEF: Untuk telur yang sempurna, gunakan api sederhana panas supaya kuningnya cair dan bahagian putihnya masak elok.
Resipi Telur Air Asam. Menu Simple Yang Sangat Sedap.
Menu Telur Air Asam ni memang sedap. Patutlah viral dan ramai yang mencuba. Resipinya cukup mudah. Hanya menggunakan beberapa bahan yang ringkas, siapa sangat lauk mudah dan murah ini begitu membuka selera. Nak try? Resipi perkongsian saudari Norul Haisyu ni boleh dicuba.
CARA MASAK TELUR AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- Cili padi secukupnya – lebihkan jika suka pedas
- 1/2 biji bawang besar – hiris @ cincang
- 1-2 biji tomato – hiris @ cincang
BAHAN AIR ASAM:
- Asam jawa
- Garam secukup rasa
- Aji secukupnya – jika suka
- Air suam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan air asam. Kacau sebati dan pastikan cukup rasa. Ketepikan.
2. Basuh telur dan masukkan ke dalam periuk. Pastikan periuk tidak terlalu besar. Jika sepadan dengan telur, lagi baik.
3. Masukkan air sama paras dengan telur. Rebus guna api paling besar selama 7 minit. Masa penting untuk dapatkan tekstur kuning telur yang cantik.
4. Bila cukup masa merebus, kupas telur di bawah air mengalir bagi mendapatkan telur yang licin dan tidak terkoyak. Toskan.
5. Belah telur dan letak dalam mangkuk.
6. Masukkan hirisan bawang dan tomato. Tuang juga air asam tadi. Biarkan selama 15 minit sebelum dinikmati kerana rasanya akan lebih sedap.
7. Hidangan ini mempunyai rasa masam, masin dan pedas. Memang sedap dimakan bersama nasi putih panas.
Kredit resipi & foto: Norul Haisyu
Tengah cari PERIUK NASI ELEKTRIK baru? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi mudah & sedap? Boleh cuba resipi di bawah ni:
https://www.rasa.my/daging-masak-merah-sedap-macam-di-kedai-tomyam/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official