Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan banyak ruang untuk bersama keluarga. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan yang tentunya saat ini sangat ‘perfect’ untuk melakar kenangan manis bersama.

Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan tentunya memasak sajian istimewa untuk keluarga. Macam-macam menu boleh cuba masa PKP ni. Masa ni juga lah nak tunjuk ‘skill’ masak.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Puan Sri Nisa Bakri telah berkongsi telatah suaminya Tan Sri Bakri Zinin menyediakan sajian Ikan Liking.

Sangat Mudah! Tan Sri Bakri Zinin & Puan Sri Nisa Bakri Kongsi Resipi Ikan Liking Homemade Cara Brunei

Nampak bersahaja sahaja aksi Tan Sri bila di dapur. Tidak kekok langsung. Malah setiap pertanyaan dari sang isteri dan anak, dijawab dengan tenang. Wah…memang pandai masak juga ni. Ingatkan Puan Sri sahaja handal di dapur.

Sangat Mudah! Tan Sri Bakri Zinin & Puan Sri Nisa Bakri Kongsi Resipi Ikan Liking Homemade Cara Brunei

Menurut pasangan VVIP yang sangat ‘sporting’ ini, menu Ikan Liking ini sangat mudah, senang disediakan dan berasal dari Brunei. Hanya menggunakan Ikan Kembung segar dan beberapa ramuan ringkas yang lain, anda boleh hasilkan Ikan Liking di rumah. Namun resipi yang ditunjuk oleh Tan Sri ini adalah versi tidak jemur kerana tiada matahari.

Sangat Mudah! Tan Sri Bakri Zinin & Puan Sri Nisa Bakri Kongsi Resipi Ikan Liking Homemade Cara Brunei

Bagi anda yang tak tahu apa itu Ikan Liking, menerusi carian di laman sesawang, Ikan Liking merupakan ikan yang dimasinkan dengan bumbu asam pedas. Ia perlu diperap semalaman dan kemudian dijemur di bawah matahari seharian. Untuk menikmatinya pula, ikan ini perlu digoreng dan hidangkan panas-panas. Wah…sedapnya!

IKLAN

Nak terbang ke Brunei rasanya belum boleh kan? Jadi apa kata kita cuba resipi yang dikongsi oleh Tan Sri dan Puan Sri ni. Sesekali ubah menu masak, pasti lebih berselera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI IKAN LIKING CARA BRUNEI

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan kembung segar – dibersihkan dan dibelah dua

BAHAN TUMBUK @ KISAR:

  • Cili padi
  • Halia
  • Bawang putih
  • Asam jawa

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Bersihkan ikan dan belah dua. Ketepikan.

2. Satukan bahan tumbuk dan tumbuk lumat. Boleh juga dikisar. Jumlahnya bergantung pada jumlah ikan yang anda guna.

3. Ambil ikan dan lumurkan bahan tumbuk tadi di bahagian perutnya. Lakukan hingga habis. Lumurkan juga pes di bahagian badan ikan.

Sangat Mudah! Tan Sri Bakri Zinin & Puan Sri Nisa Bakri Kongsi Resipi Ikan Liking Homemade Cara Brunei

4. Perap ikan di dalam peti sejukbeku beberapa ketika supaya isi ikan meresap rasa bahan perapan. Untuk menikmatinya, hanya perlu goreng seperti biasa.

IKLAN

Sangat Mudah! Tan Sri Bakri Zinin & Puan Sri Nisa Bakri Kongsi Resipi Ikan Liking Homemade Cara Brunei

5. Angkat dan nikmatinya segera.

 

Tonton video Tan Sri Bakri Zinin buat Ikan Liking

 

NOTA: Ikan Liking ini akan tahan lebih alam jika disimpan dalam peti sejuk.

 

Kredit resipi & video: Instagram Puan Sri Nisa Bakri

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI