Sambal Udang Goreng Cili Padi Pedas Menyengit

Hidangan mudah tapi memberi rasa padu yang menyengat selera anda.

SAMBAL UDANG GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg Udang (lumur kunyit dan garam)
  • 4 biji bawang merah kecil (tumbuk/kisar)
  • 3 biji bawang putih (tumbuk/kisar)
  • Sedikit air asam
  • 1/2 cawan air
  • Cili padi ( ikut kepedasan yang kita mahu)
  • 3 biji cili merah (tumbuk/kisar)
  • 1 biji bawang merah besar (potong bulat)
  • Garam dan gula secukup rasa 

CARA MEMASAK:

  1. Goreng udang separuh masak dan ketepikan.
  2. Tumis bahan tumbuk atau kisar sehingga pecah minyak.
  3. Sudah naik bau dan kering sikit tambah dengan sedikit air, dan air asam. Biarkan ianya mendidih masukkan bawang besar.
  4. Perasakan dengan garam dan gula sedikit. Baru letakkan udang.
  5. Gaul sekata dalam 2 minit. Siap untuk dihidangkan.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Tengku RosElyza Raja Muhammad

IKLAN

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

IKLAN

http://www.rasa.my/alahai-senangnya-nasi-goreng-telur-masin-udang-tersusun-rapi/

Senang Sangat Omellete Udang Brokoli Untuk Anak-Anak Tersayang

IKLAN

Makan Sekali Pasti Nak Lagi, Karipap Udang Montok

Tongkeng Ayam Goreng Cili Padi Pedas Lagi Juicy

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI