Sambal Telur Hancur , Boleh Jadi Lauk & Perencah Nasi Goreng

Sambal telur biasa tetapi boleh makan dengan pelbagai makanan seperti nasi putih, lempeng, roti dan sebagai perencah nasi goreng.

SAMBAL TELUR HANCUR SEMPOI 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 Biji Telur ( boleh gunakan telur ayam kampung atau telur biasa)
  • 1 sudu bawang goreng ( optional )
  • 1/2 kiub ikan bilis ( boleh juga terus guna ikan bilis yg di goreng dahulu)
  • Minyak untuk menumis.
  • Garam & Gula Ikut Citarasa ya

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 10 tangkai cili kering.
  • (gunting & rendam air panas )
  • 3 biji bawang merah. ( shallot )
  • 3 ulas bawang putih.

BAHAN TUMIS:

  • 3 labu bawang merah ( mayang kasar)

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Tumis bawang merah sampai jernih dan wangi.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai terbit minyak(garing). Gunakan api sederhana.
  4. Sambal sudah garing boleh masukkan kiub ikan bilis.
  5. Perasakn dengan garam dan gula.
  6. Kecilkan api bila sambal sudah terbit minyak. Tumis dalam 4 minit lagi.
  7. Bila sambal garing, masukkan telur. Kacau telur perlahan dengan api sederhana.
  8. Sudah masak boleh taburkan dengan bawang goreng.

 

IKLAN

INFO:

  1. Boleh juga campur tomato, basil, asparagus, terung pipit, kentang dan sebagainya ( ikut kreativiti anda)
  2. Jika sambal ada lebihan, esok campak dalam kuali dengan nasi dan ikan bilis garing,  Sudah jadi NASI GORENG SEMPOI.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Sue M Shaukhi

IKLAN

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Semerbak Wangi Daun Kari Dengan Sambal Tumis Telur Goyang Perghhh! Cair Di Tengah Yang Menggoda

ATAU JUGA RESIPI INI :

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI