Sambal Ikan Bilis Petai ni memang banyak versinya ikut orang yang memasaknya. Ada yang suka perah limau nipis atau kasturi pada sambal. Ada juga suka guna tomato , tapi sambal tu kena goreng garing dan masuk akhir sekali.
Bagi Zaky Mat Alisambal ikan bilis petainya, letak tomato ceri. Masaknya pun kejap, bahan semua ditumis hingga naik bau. Ni memang resipi mengancam selera, makan panas-panas sure bertambah-tambah nasinya. Kasi licin pinggan..hehehe
Keenakan sajian Asam Pedas terletak pada kuahnya yang padu. Cukup pekat, rasa pedas, masam dan masinnya, menjadikan sajian ini digemari ramai. Untuk lauknya boleh guna pelbagai jenis ikan, daging, ayam mahupun sotong. Semuanya enak. Namun pastikan semuanya segar. Barulah rasa lebih mengancam. Bagi anda yang nak masak lauk Asam Pedas Ikan Pari, bolehlah cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Haslinda Hashim ni. Cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Rasanya pun sedap. Memang berbaloi untuk dicuba.
CARA MASAK ASAM PEDAS IKAN PARI PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Ikan – boleh guna apa sahaja ikut cita rasa Bunga Kantan Bendi Daun kesum Tomato – belah 7-8 sudu makan pes cili – lebihkan jika suka pedas – beli online disini Air asam jawa @ pes asam jawa – beli online disini Garam, gula dan perasa secukupnya
1.Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. 2. Kemudian masukkan cili kisar dan serai yang telah dititik. Tumis lagi hingg garing dan pecah minyak. 3. Tambahkan air asam jawa dengan secukupnya. Boleh juga tambah pes asam jawa kemudian tambah air mengikut kepekatan yang diingini. 4. Bila kuah mula mendidih, masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan juga bendi. Biar hingga ikan masak dan sayur lembut. 5. Akhir sekali masukkan hirisan tomato serta perasakan dengan garam, gula dan juga perasa dengan secukupnya. 6. Asam Pedas Ikan Pari sedia untuk dihidang.
Hidangan kepak ayam selalunya menjadi kegemaran anak-anak. Malah orang dewasa pun sangat suka. Lembut dan penuh perisa! Kepak ayam sebegini biasanya dijaul di restoran-restoran pizza. Makan panas-panas memang layan tetapi jika dibeli, harga boleh tahan mahal dan tak puas.
Oleh itu, jom cuba resipi perkongsian Puan Zura Nafis ni. Ini adalah resipi olahan beliau sendiri dan setelah beberapa kali dicuba, akhirnya dapat juga resipi yang 99% sama. Anda pun boleh cuba. Pasti si kecil anda makan tak henti.
CHICKEN WING ALA RESTORAN PIZZA
BAHAN-BAHAN:
Kepak ayam secukupnya
BAHAN PERAPAN:
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan madu – boleh ganti dengan gula tapi kurang umpphh!
1 sudu makan serbuk cili – lebihkan jika suka pedas
1 biji limau kasturi – perah ambil jus. Saiz limau sebesar syiling 10 sen
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan perapan dan sebatikan.
Kemudian masukkan kepak atau apa-apa bahagian ayam. Gaul rata dan perap selama 1 jam. Lebih enak jika perap semalaman.
Tutup bahagian atas ayam menggunakan aluminium foil dan bakar pada suhu 160-170C selama 15-20 minit ( bergantung pada saiz dan ketebalan isi ayam.)
Setelah ayam masak, buka aluminium foil dan bakar lagi selama 5 minit ( ikut kesesuaian oven masing-masing) untuk garingkan ayam.
Sebutan ikan dalam bahasa Cina yang berbunyi YU membawa maksud tuah.
Jadi mengikut kepercayaan mereka ikan membawa kepada kelimpahan rezeki dan keuntungan dalam hidup. Yang pastinya masakan Cina memang antara terlazat dan diiktiraf dalam kulinari antarabangsa. Dah lah sedap berkhasiat pula, jom masak lauk Ikan stail Cina ni …
1. IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW
BAHAN-BAHAN
1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
Air secukupnya
BAHAN SOS TEOH CHEW:
100gm sayuran masin | hiris
1 biji tomato | belah enam
30gm cendawan hitam | cincang
2 biji cili padi | hiris
5gm halia | hiris
1 biji jeruk plum
500gm sup ayam
60gm serbuk ayam
20gm garam
10gm gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
2. Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
3. Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
4. Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
5. Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh hias dengan daun parsli Cina jika suka.
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Ada rasa masam, masin dan sedikit pedas
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus dan kukus
2. STEAMED GROUPER FISH WITH MINCED CHILI & SOYA SAUCE
BAHAN-BAHAN:
1000gm Kerapu | siang dan cuci
30gm Parsli Cina
10gm Cili padi | hiris
10gm Bawang putih cincang
10gm Halia cincang
30gm Hirisan halia
30gm Daun bawang | ambil bahagian batang putih
10gm Kicap soya
5gm Kicap soya hitam
10gm Serbuk perasa
10gm Gula
100gm Air
10gm Minyak bijan
CARA MEMASAK:
1. Buang dan bersihkan segala isi perut ikan. Susun dua batang daun bawang di dalam dulang pengukus dan letakkan ikan di atasnya. Cara ini mewujudkan ruang antara isi ikan dengan permukaan dulang pengukus. Apabila dikukus ikan akan masak lebih sekata.
2. Masukkan dua tiga hirisan halia ke dalam perut ikan dan selebihnya letak di atas ikan.
3. Apabila air mula menggelegak, kukus ikan kira-kira 10 -13 minit bergantung pada saiz ikan. Angkat dan ketepikan.
4. Keluarkan dan asingkan jus ikan di dalam mangkuk lain. Rasa dahulu dan sekiranya tidak hanyir, boleh gunakan untuk membuat sos nanti.
5. Di dalam kuali kecil, masukkan kira-kira 5 sudu jus ikan tadi, halia cincang, bawang putih cincang, serbuk perasa, kicap soya, kicap soya pekat dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masak menggunakan api perlahan sehingga kuah berkurang sedikit.
6. Buang hirisan halia daripada ikan yang dikukus tadi dan panaskan seketika. Tuang kuah ke atas ikan. Letak sedikit minyak bijan, hirisan cili padi dan hidangkan panas.
7. Hias dengan parsli Cina sebelum menghidang.
Saiz hidangan: 5-8 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Masam, masin dan manis yang seimbang
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Kukus dan tumis
Info chef: Untuk memastikan ikan sudah masak, mata seolah-olah ‘terkeluar’ dan sirip akan terangkat.
3. STIR-FRIED COD FISH WITH DRIED CHILI & CASHEW NUTS
BAHAN-BAHAN:
300gm Isi ikan kod | hiris kasar
1gm Cili kering | potong kasar
20gm Bawang besar | hiris kasar
20gm Kacang Cashew panggang
15gm Sos tiram
15gm Kicap soya
10gm Kicap soya pekat
10gm Cuka hitam
10gm Serbuk ayam
10gm Gula
50gm Air
100gm Tepung jagung
50gm Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Isi ikan kod dibalut dengan tepung jagung. Goreng secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat, tos dan ketepikan.
3. Tinggalkan minyak kira-kira satu sudu makan di dalam kuali. Masukkan bawang besar, tumis menggunakan api yang besar hingga terbit bau wangi. Masukkan hirisan cili kering dan teruskan menggoreng kira-kira 30 saat lagi.
4. Masukkan isi ikan kod tadi diikuti sos tiram, kicap soya, serbuk ayam, kicap soya pekat, cuka hitam (black vinegar) dan air. Kacau sekata. Goreng untuk 30 saat lagi dan masukkan sedikit gula. Kacau sekata.
5. Masukkan kacang cashew dan goreng lagi untuk 10 saat. Tutup api dan angkat.
6. Sedia dinikmati.
Info chef: Tidak perlu tambah garam kerana kicap sudah masin.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Isi ikan lembut bila digigit
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...