Orang dulu-dulu cakap sambal ni sambal bodoh, sebab orang malas  tapi nak cepat makan. Lalu campurkannya telur dalam sambal tumbuk, kacau rata dalam kuali dah siap terus boleh makan. Tapi kalau nak tahu sambal bodoh ini sangat sedap dan boleh habiskan nasi berpinggan-pinggan. Tak percaya cuba buat ye…

SAMBAL BILIS BERTELUR

IKLAN

 BAHAN-BAHAN:

IKLAN
IKLAN
  • 150gm ikan bilis | dikopek
  • 2 biji telur
  • 20 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
  2. Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
  4. Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
  5. Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
  6. Tutup api angkat dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI