Pernah cuba Sambal Belacan Siam? Bagi anda yang menggemari sajian sambal dan wajib ada bila tiap kali makan, resipi Sambal Belacan Siam perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni antara yang wajib dicuba. Mudah dan membuak selera. Merurut beliau lagi resipi ini adalah resipi warisan keluarganya dan wajib ada bila tipa kali kenduri. Malah ada juga dikalangan rakan-rakan yang menggunakan resipi ini untuk jualan. Wow…Pasti enak ni. Jom cuba. Anda juga pasti sukakannya.

RESEPI SAMBAL BELACAN SIAM

Sambal Belacan Siam Sedap. Resipi Istimewa Warisan Keluarga

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk cili padi merah
1/2 mangkuk cili padi hijau
1 labu bawang putih (*) beli online disini
1 biji bawang besar holland (*) beli online disini
1 inci belacan (*) beli online disini
1/2 cawan air asam jawa beli online disini
5- 6 sudu makan cuka beli online disini
Garam, gula & ajinomoto secukup rasa
1 labu bawang putih jeruk & airnya sekali – jika ada. Ia bertujuan untuk menyedapkan lagi rasa sambal – beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Sediakan semua bahan dan bakar bahan-bahan yang bertanda (*). Ketepikan.
2. Kemudian satukan semua bahan termasuk yang dibakar (kecuali bahan perasa) dan kisar bersama dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan ke dalam mangkuk besar.

Sambal Belacan Siam Sedap. Resipi Istimewa Warisan Keluarga
3. Masukkan gula, garam dan ajinomoto dengan secukupnya. Kacau rata dan sambal nampak berkilat.
4. Sambal Belacan Siam siap untuk dihidang. Enak dimakan bersama dengan ikan rebus yang digoreng beserta ulam-ulaman .
5. Sambal ini juga sedap dicicah dengan terung bakar dan ulam-ulam yang dicelur.

IKLAN

Sambal Belacan Siam Sedap. Resipi Istimewa Warisan Keluarga

Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar

Sambal Belacan Siam Sedap. Resipi Istimewa Warisan Keluarga

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Ini Cara Masak 4 Hidangan Nasi Lengkap Tanpa Perlu Lauk

Resipi Ayam Goreng Sedap. Sebijik Macam Makan Di IKEA

Resepi Bubur Ayam Ala Mcd Paling Simple. Sedap Sungguh!

IKLAN

Resipi Kuih Jongkong Legend & Paling Sedap Untuk Minum Petang

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI