Rupanya seakan-akan kuih bebola yang cantik, namun inti pula terisi dengan sambal kelapa ikan. Sangat menyelerakan!

Bahan-bahan nak buat kuih bom inti sambal ikan pun mudah didapati dan cara membuatnya sangat senang. Rupa yang comel begini pasti anak-anak suka makan.

Jom kita cuba resipi dari Terengganu yang dikongsikan saudari Eiyna Norazlina ini.

 

KUIH BOM INTI SAMBAL IKAN

Rupa Comel Kuih Bom Inti Sambal Ikan. Anak-Anak Pasti Suka 

 

BAHAN KULIT:

500gm tepung pulut – beli online di sini
80gm tepung gandum – beli online di sini
100gm tepung beras – beli online di sini
Kelapa parut (hanya ambil sebelah bahagian saja )
1 sudu kecil garam – beli online di sini
Air kelapa atau air biasa

IKLAN

Dapatkan Mitsutoyo Rechargeable Personal Blender Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MENYEDIAKAN:

Campurkan semua bahan sehingga adunan tidak melekat pada tangan. Ketepikan buat seketika.

Rupa Comel Kuih Bom Inti Sambal Ikan. Anak-Anak Pasti Suka 

BAHAN SAMBAL:

Rupa Comel Kuih Bom Inti Sambal Ikan. Anak-Anak Pasti Suka 

IKLAN

1kg isi ikan (rebus dengan asam keping, asingkan isi dan hancurkan)
200ml santan – beli online di sini
Garam & gula 
1 inci halia | dimayang
6-7 bawang merah |dimayang

Rupa Comel Kuih Bom Inti Sambal Ikan. Anak-Anak Pasti Suka 

CARA-CARA:

Rupa Comel Kuih Bom Inti Sambal Ikan. Anak-Anak Pasti Suka 

1. Campurkan semua bahan dan masak atas api perlahan sampai kering (namun jangan kering sangat, nanti kurang sedap). Perasakan dengan garam dan gula.

IKLAN

Rupa Comel Kuih Bom Inti Sambal Ikan. Anak-Anak Pasti Suka 
2. Kemudian, boleh masukkan inti dalam doh yang sebesar bola pingpong. Apabila sudah siap, goreng dalam minyak yang betul-betul panas menggunakan api kecil.

Kredit & foto: Eiyna Norazlina

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Resipi Kuih Bakar Pandan Sedap Untuk Minum Petang

Patutlah Anak Suka. Resipi Siakap Stim Sos Tiram Ni Memang Sedap

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI