Ketiadaan bazar dan gerai jual lemang sudah cukup menyukarkan nak beli lemang. Iya lah nak membakarnya tentu rumit lagi lah pulak kalau dok apartment atau rumah flat, memang mustahil lah jawabnya.

Tetapi usah risau sekarang ni bukan aje dah ada trend masak lemang kukus guna cawan dan ada juga guna tin, tetapi Rozaini Razali punya caranya tersendiri memasak lemang dengan lebih pantas dan lengkap menggunakan  buluh betul sekali.

Rozaini Masak Lemang Guna Pressure Cooker. Guna Buluh Betul dan Cepat DiMasak .

Rozaini Masak Lemang Guna Pressure Cooker. Guna Buluh Betul dan Cepat DiMasak .

Apa rahsianya, ya Rozaini menggunakan periuk tekanan tinggi @ pressure cooker untuk memasak lemang  cara mudah dan pantas. Bila memasak gunakan buluh dan daun pisang lebih terasa asli aroma dan rasanya. Set 30 minit dah siap.

Rozaini Masak Lemang Guna Pressure Cooker. Guna Buluh Betul dan Cepat DiMasak .

 

IKLAN

Jom ikut resipi ini tapi kalau nak buat 1kg lemang macam Rozaini gandakan aje jumlah sukatannya.

LEMANG PRESSURE COOKER

Rozaini Masak Lemang Guna Pressure Cooker. Guna Buluh Betul dan Cepat DiMasak .

 

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 1/2kg beras pulut | cuci bersih dan tapis
  • 2 kotak santan kecil
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu minyak masak

CARA MEMASAK :
1. Masukkan empat sudu beras pulut dalam setiap buluh (lebih kurang separuh dalam bulu)

Rozaini Masak Lemang Guna Pressure Cooker. Guna Buluh Betul dan Cepat DiMasak .
2. Tuangkan santan yang sudah dicampur dengan air/garam dan minyak masak (paras santan biar tenggelam aje beras pulut tu) ke dalam buluh yang sudah berlapis daun pisang di dalam.
4. Paras santan dan beras pulut dalam buluh lebih kurang 3/4, jangan letak sampai penuh.

Rozaini Masak Lemang Guna Pressure Cooker. Guna Buluh Betul dan Cepat DiMasak .
5. Susun dalam periuk ( buluh potong pendek biar muat dalam periuk), Rozaini tuangkan secawan air dalam inner pot tu.
4. Kemudian tekan 30 minit, dah siap.

Tip : Masa dah tuangkan santan, gunakan lidi gaulkan sedikit bagi santan turun dan sekata, hentak-hentak manja aje. Buluh sekarang dah ada jual secara online. Order aje, bukan senang nak cari buluh ni.

IKLAN
Rozaini Masak Lemang Guna Pressure Cooker. Guna Buluh Betul dan Cepat DiMasak .
Boleh order buluh online

Kredit FB : Rozaini Razali

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

10 Lauk Pauk Raya Woww Sedapnya, Resipi Ori dari Mok Teh

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI