Sekali tengok macam roti chicken floss kan, tapi bukan, meat floss pun bukan. Ni resipi istimewa yang dikongsikan oleh kakak cantik Fatin Damia.

Selalu udang geragau ni ramuan utama belacan dan boleh dimasuk dalam cucur dan lain-lain. Tapi inovasi resipi dari Fatin adalah menggabungkannya dengan roti yang dibakar lembut.

Berbaloi dicuba ni.

ROTI UDANG GERAGAU

Roti Udang Geragau, Memang Tambah Padu & Berganda Sedapnya.

BAHAN-BAHAN :

1 1/4 cawan tepung roti
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
120 ml susu full cream suam
1 sudu besar Yis
20 gm Shortening

Bahan filling :
20gm mentega |suhu bilik
1 sudu besar gula icing
1 biji telur gred B
2 sudu besar serbuk santan
1 cawan udang geragau kering
Secubit garam untuk menaikkan rasa lemak santan dan rasa gurih udang.

Roti Udang Geragau, Memang Tambah Padu & Berganda Sedapnya.

IKLAN

CARA MEMASAK :

1. Masukkan gula dan yis ke dalam susu suam dan tunggu lebih kurang 5 minit sampai berbuih.

2. Dalam bekas lain, masukkan tepung, garam dan tuang adunan yis tadi dan uli sebati lebih kurang 10 minit dan masukkan shortening dan uli lagi sampai adunan tidak melekat di jari.

3. Rehatkan doh selama 45 minit – 1 jam.

4. Untuk menyediakan filling, gaul mentegadengan gula icing sampai tidak berketul. Masukkan serbuk santan, garam dan juga udang geragau. Gaul sebati dan ketepikan.

IKLAN

5. Setelah doh mengembang, buang angin dalam adunan dan bahagikan doh kepada beberapa bahagian.

6. Masukkan filling udang tadi ke dalam doh dan tutup kembali doh. Bentukkan doh mengikut citarasa sendiri.

7. Setelah siap dibentuk, rehakan doh lebih kurang 10-15 minit. Kemudian sapu cairan susu atau air sebelum dibakar.

8. Bakar selama 10-12 minit suhu 170-180 darjah celsius menggunakan api atas bawah. Suhu dan waktu memasak bergantung pada oven masing masing.

9. Setelah roti masak, keluarkan dari oven dan sapu mentega cair pada permukaan roti untuk mengunci lembapan roti dari menjadi kering.

IKLAN

Siap untuk dihidangkan!

Kredit foto & resipi : fatin damia

#kakak cantik

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Sukatan Bahan Masak Roti Jala Untuk Bancuhan 1 Kg Tepung.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI