Menu apa yang ‘mari’ petang begini? Buat rotipun best juga ni. Tapi kalau buat roti kosong macam bosan, apa kata kita tambah perisa dengan buat roti garlic. Roti ni bila dah letak mozzarella, makan panas-panas dengan keju yang boleh tarik panjang, memang sempurna rasa.
ROTI GARLIC
Untuk doh:
Bancuh bahan di bawah dalam satu bekas.
80ml susu cair BELI ONLINE DI SINI
1 biji telur
1 sudu teh bread softener (kalau tak ada abaikan)-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu teh gula
1 sudu teh yis mauripan BELI ONLINE DI SINI
Kacau hingga gula larut dan tutup sekejap supaya yis membuih
Dalam mangkuk, masukkan
210gm tepung high protein
½ sudu teh garam
Aduk sekejap.Masukkan bahan yis.Tuang sedikit demi sedikit dan uli.
Campur sedikit air suam dan uli lagi.
Bila doh dah terkumpul semua,masukkan
25g margerin dan terus uli hingga jadi doh yang tak lembut
Perap sekejap-10 minit
Keluarkan dari mangkuk ,ambil papan canai dan canaikan
Bentuk bulat. Tutup dan diamkan dalam 15minit lagi.
Bila doh dah naik tekan sikit dengan jari.
Kemudian potongkan berbentuk 4 segi
Untuk bahan sapuan atas doh:
20gm margerin
2 biji bawang putih- tumbuk halus
1 biji kuning telur
1 sudu besar daun sup-potong halus
1 sudu besar madu
1.Gaul semua hingga sebati dan sapu atas doh hingga rata.
2.Potong mozzarella nipis-nipis Selit dekat celah-celah bahagian doh.
3.Tabur parsli kemudian terus masuk oven.
4.Panaskan oven 180 selama 25minit.
5.Siap untuk dihidang.
Kredit: Ieda jahaya
5 Resipi Mudah Untuk Sarapan & Minum Petang. Paling Senang, Guna 2 Bahan Saja Tau
Rasa Macam Lepak Di Café, Resipi Roti Gulung Ala Sushi Ni Memang Win!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Popia Sira Rangup Kudapan Enak Untuk Minum Petang
Minum petang hari kita tekak terasa nak menjamah popia. Tapi bukan popia basah tetapi popia sira. Krup krap makannya disalut pula dengan sambal memang layan.Bahannya senang untuk disediakan, intinya juga boleh dipelbagaikan. Boleh guna inti sayur yang segar. Nak pakai isi udang, ayam atau daging pun boleh.Tak payah masukkan air dalam sambal sira untuk elakkan popia lembik.
POPIA SIRA CRUNCHY
Bahan-bahan:
Kulit Popia secukupnya
Sengkuang
Lobak merah
Isi ayam/udang/udang geragau
2 ulas bawang putih (cincang)
Garam
Cara membuat:
1.Panaskan minyak tumis bawang putih
2.Masukkan ayam atau udang.
3.Masukkan sengkuang dan lobak merah (sekejap saja jangan lembik sangat)
4.Dah siap angkat dan masukkan dalam tapis supaya airnya tak ada masa kita gulungkan popia.
5.Biarkan sejuk sedikit baru gulung
6.Goreng hingga garing
Untuk sambal sira
1 mangkuk kecil cili kisar (cili kering ,3 ulas bawang putih,sedikit air)
2 sudu besar cili sos
1/2 cawan gula
Sedikit garam
Bijan
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
1.Panaskan minyak, tumis cili hingga naik minyak.
2.Masukkan sos cili.
3.Masukkan gula dan garam.
4.Masak hingga pekat sedikit
5.Taburkan bijan.
6.Dah siap tutup api.
7.Tunggu hingga sambal sira sejuk baru gaulkan dengan popia.
Kredit: Hidayati Hana
3 Resipi Juadah Petang Yang Colourful. Salah Satunya Kek Span Versi Indonesia
5 Juadah ‘Istana Terengganu’ Dari Tengku Norziehan Tengku Muda
Buat warga Selangor dan Kuala Lumpur kini terdapat pilihan untuk menikmati sajian asli Terengganu di Restoran Gamelan, Oasis Square, Ara Damansara, Petaling Jaya. Di antara tarikan makanan di sini Nasi Minyak Terengganu, Laksa Merah, Gulai Daging dan bermacam lagi sajian asli Terengganu
Sesuai dengan namanya Gamelan alat muzik istana, pemiliknya Tengku Norziehan Tengku Muda mempelajari sendiri sajian makanan dari bekas Chef Istana Terengganu. Memang sedaplah lauk pauk di sini, apakata anda cuba sendiri.
1. NASI MINYAK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan beras basmati (rendam setengah jam terlebh dahulu dengan air )
- 4 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 2 sudu makan susu pekat manis
- 1 biji limau nipis/perah airnya
- 1 biji bawang besar/dimayang bulat
- 2 helai daun pandan
- 1 kulit kayu manis
- 1 bunga lawang
- ¾ cengkih
- 4 biji pelaga
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak sapi
- 4 sudu makan minyak biasa
- Beberapa titik pewarna merah
- Beberapa titik pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak biasa dan minyak sapi dalam periuk.
2. Masukkan rempah tumis empat sekawan, bawang besar dan daun pandan (simpulkan).
3. Bila naik bau, masukkan air, susu cair, susu pekat,garam dan air limau nipis.
4. Setelah mendidih masukkan beras.
5. Bila hampir kering, renjiskan beberapa titik pewarna merah dan kuning
6. Kacau rata dan biarkan nasi masak,
INFO CHEF : Jika anda ingin memasukkan sedikit mentega atau marjerin, kurangkan kuantiti minyak masak atau tanpa minyak masak
Saiz hidangan : 13 orang
Keistimewaan : Nasi minyak beraroma ini sungguh lazat dimakan dengan lauk gulai Terengganu, lauk masak merah mahupun dalca.
2. GULAI DAGING NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg daging/dipotong kiub
- 4 sudu makan rempah kurma (rempah gulai nasi minyak Terengganu)
- 3 biji bawang besar/dikisar
- 5 sm halia/ dikisar
- 1labu bawang putih
- 1 tin susu cair
- 2 tin air biasa (bekas tin susu cair)
- 3 sudu makan sos tomato
- 4 biji kentang/ dibelah empat
- ½ kg bawang merah/ dihiris dan goreng hingga garing (simpan minyak goreng bawang 1 senduk untuk masak kuah)
- 3 helai daun pandan
- 1 senduk minyak bawang goring
- 2 sudu makan minyak sapi
- 2 sudu makan cili boh
- 3 sm kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
CARA MEMASAK :
1. Campurkan dan gaulkan daging dengan bahan kisar, rempah kurma, rempah,cili boh, bawang goreng (diramas-ramas) dan semua bahan tadi masukkan ke dalam periuk.
2. Panaskan minyak bawang goreng dan minyak sapi bersama daun pandan dalam periuk. Masukkan rempah penumis kayu manis, bunga cengkih ,pelaga, bunga lawang hingga naik bau.
3. Masukkan daging bersama bahan kisar, rempah kurma, rempah,cili boh, bawang goreng(diramas-ramas) ke dalam periuk.
4. Masak sehingga mendidih, dan sentiasa kacau hingga masak.
5. Bila daging empuk, boleh dikecilkan api dan reneh seketika.
6. Gulai sedia dihidangkan.,
INFO CHEF : Gulai daging Terengganu menggunakan bawang goreng menyebabkan ia beraroma harum dan lebih perisa.
Saiz hidangan : 13 orang
Keistimewaan : Gulai daging Terengganu dimasak tanpa santan, jadi ia tidak muak
3. SINGGANG IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN :
- 3 ketul isi ikan tongkol yang sederhana besar
- 2 biji bawang merah /dimayang halus
- 4 ulas bawang putih /dimayang halus
- 2 sm lengkuas /dimayang halus /dimayang halus
- 2 sm kunyit hidup /dimayang halus
- 1 ½ sudu teh garam
- 2 keping asam keeping
- 5 biji cili siam
- 4 gelas air (220 ml) air untuk rebus ikan
- Sedikit gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ikan tongkol ke dalam periuk bersama dengan 4 gelas air untuk merebus ikan.
2. Masukkan bahan-bahan yang dimayang tadi.
3. Masukkan asam keping kemudian biarkan ia mendidih selama 10 minit.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Apabila dah masak masukkan pula cili siam hijau tadi.
6. Masak dalam 5 minit dan matikan api.
7. Singgang ikan tongkol siap dihidang.
INFO CHEF : Resipi ini mudah disediakan, tak perlu ditumis dan boleh dimasukkan semua bahan sekali kecuali cili letak paling akhir.
Saiz hidangan : 13 orang
Keistimewaan : Rasanya segar dan masam serta pedas pasti membangkit selera
4. ROJAK BETIK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN ROJAK :
- ½ biji betik muda /diparut (saiz sederhana)
- ½ biji nenas /dihiris nipis
- 1 biji timun /dihiris nipis
- Taugeh (opsional)
BAHAN KUAH:
- 6 ekor ikan kembung atau ikan selayang/direbus dan dikisar
- 750 ml air
- 3 sudu makan cuka
- 2 ketul gula melaka
- 5 ½ sudu makan cili boh
- 5 sudu makan gula
- 2.5 sm belacan
- 6 biji cili padi
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cara sediakan bahan rojak:
1. Parut betik dan rendam di dalam bekas berisi air.
2. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik.
3. Rendam 15 minit, bilas dan toskan.
4. Hiris nipis timun dan nenas. Boleh meletakkan taugeh jika suka.
Cara masak kuah:
1. Masukkan ikan yang telah ditumbuk lumat isinya ke dalam periuk.
2. Kemudian ambil periuk lain dan masukkan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih.
3. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Kemudian barulah tuang isi ikan ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Tuangkan kuah ke atas bahan rojak . Rojak betik sedia dinikmati.
INFO CHEF : Jangan tuangkan isi ikan terus ke dalam kuah untuk mengelakkan ikan berketul.
Jenis masakan : Laksa
Keistimewaan : Rojak betik ini sedap dimakan dengan keropok dan kuah rojak yang sejuk.
5. AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN :
- 4 ketul isi ayam (digoreng/direbus)
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 sm halia
- Sedikit garam
*Semua bahan ditumbuk lumat dan gaul dan lumurkan pada ayam. Perap dahulu sebelum ayam digoreng atau direbus (separuh masak)
BAHAN KUAH
- 1 sudu makan halba
- 3 ulas bawang merah/ dikisar
- 1 batang serai/ dihiris halus dan dikisar
- 2 ulas bawang putih /dikisar
- 1.5 sm halia/dikisar
- 3 sudu makan cili boh
- 1 ½ sudu gula
- 3 cawan santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Nyalakan api dan masukkan santan dalam kuali.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam santan. Masukkan garam, gula secukup rasa.
3. Masukkan ayam kemudian biarkan ia mendidih sehingga kuahnya pekat.
4. Biarkan ia pekat dan kemudian taburkan halba ke atas ayam percik tadi.
5. Ayam percik siap dihidang
INFO CHEF : Ayam juga boleh dipanggang.
Saiz hidangan : 6 orang
Keistimewaan : Rasa rempah ratus menyebabkan percik ayam berperisa.
RESEPI : Tg Norziehan Tg Muda, Muhammad Syamil Othman, Muhammad Syaqir Othman
Terima kasih : RESTORAN GAMELAN, Blok B-G-05, Blok No 2, Jalan PJU 1A-7A, Oasis Square, Ara Damansara,47301 Petaling Jaya, Selangor
Tip Buat Roasted Chicken Yang Sedap Guna Airfryer, Pilih Bahagian Ayam Ini Lagi Nikmat Makan
Roasted chicken atau ayam bakar ada yang kata kalau buat menggunakan airfryer memang mudah tapi cuma rasanya kurang sedap.
Tapi sebenarnya asal tahu tip yang betul, chicken roasted yang dihasilkan melalui air fryer tetap ‘meletup’ rasanya. Antara caranya dikongsi oleh Wander Asia.
Cara buat chicken roasted yang sedap guna air fryer saja
Nak dapatkan roasted chicken yang sedap ‘giler’ dan padu ala hotel dan restoran, guna air fryer saja pun. Resipinya pun sangat mudah. Campak-campak siap.
Bahan-bahan:
– Daging ayam
– Bawang putih (dicincang)
– Serbuk lada hitam
– Sos tiram
– Kicap
– Gula
– 1 sb tepung jagung
Cara penyediaannya:
1. Potong beberapa ketul ayam, pilih bahagian thigh untuk kenikmatan berganda.
2. Masukkan bawang putih, serbuk lada hitam, sos tiram, kicap dan gula.
3. Masukkan tepung jagung. Gaul sekata.
4. Marinate selama setengah jam.
5. Bakar 180C selama 20 minit. Alihkan dan bakar 10 minit lagi.
Hasilnya
Selamat mencuba.
Sumber: Wander Asia
Nak beli air fryer boleh klik SINI