Tauhu Sumbat Ayam ni jika dibeli di pasar malam, sekeping berbentuk 3 segi ini harganya boleh mencecah RM1- RM1.50. Jika berintikan isi udang atau daging, harganya juga agak mahal. Bagi anda yang menggemari hidangan ini, resipi perkongsian saudari Rara Zabidin ini boleh dicuba. Ringkas sahaja bahannya. Boleh buat sendiri dengan kos yang jauh lebih murah.

CARA MEMASAK TAUHU SUMBAT AYAM SEDAP ALA PASAR MALAM

Resipi Tauhu Sumbat Ayam Ala Pasar Malam. Puas Hati Buat Sendiri

BAHAN-BAHAN:
1/2 bungkus ayam kisar
1 biji bawang besar – tumbuk beli online disini
3 ulas bawang putih – tumbuk beli online disini
Sedikit serbuk lada hitam beli online disini
Sedikit serbuk lada sulah beli online disini
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng
5 keping tauhu

CARA MEMASAK:
1. Mula-mula goreng kepingan tauhu terlebih dahulu.

Resipi Tauhu Sumbat Ayam Ala Pasar Malam. Puas Hati Buat Sendiri

Resipi Tauhu Sumbat Ayam Ala Pasar Malam. Puas Hati Buat Sendiri
2.Lepas siap digoreng, tunggu sejuk dan potong 2.

Resipi Tauhu Sumbat Ayam Ala Pasar Malam. Puas Hati Buat Sendiri
3. Keluarkan isi tauhu tapi jangan sampai kulit luar terkoyak. Kena keluarkan dengan lembut dan berhati-hati. Isi tauhu yang dikeluarkan tu, boleh dihancur-hancurkan.

Resipi Tauhu Sumbat Ayam Ala Pasar Malam. Puas Hati Buat Sendiri
4. Untuk membuat inti tauhu, tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
5. Masukkan ayam kisar dan biar sampai ayam agak masak.
6. Kemudian masukkan isi tauhu yang telah dihancurkan tadi. Nak tambah lobak merah dan jagung pun boleh.
7. Taburkan sebuk lada hitam dan serbuk lada putih. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
8. Akhir sekali masukan daun sup dan daun bawang. Gaul sebati.

Resipi Tauhu Sumbat Ayam Ala Pasar Malam. Puas Hati Buat Sendiri
11. Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti dalam kulit tauhu tadi sehingga padat.

IKLAN

Resipi Tauhu Sumbat Ayam Ala Pasar Malam. Puas Hati Buat Sendiri
12. Tauhu yang telah disumbat tadi dicelup ke dalam bancuhan telur dan digoreng sekali lagi.

Resipi Tauhu Sumbat Ayam Ala Pasar Malam. Puas Hati Buat Sendiri
13. Dah siap. Kalau nak berseri, tabur sedikit cili padi, daun sup, daun bawang dan bawang goreng diatasnya.
14. Tauhu Sumbat Ayam sedia dinikmati bersama Sambal Kicap.

 

RESIPI SAMBAL KICAP MABELES

BAHAN-BAHAN:
Cili padi merah
Cili padi hijau
Bawang merah beli online disini
Bawang putih beli online disini
Kicap manis beli online disini
Kicap pekat beli online disini
Garam, gula dan perasa
Sedikit perahan jus limau kasturi
(Kuantiti boleh agak-agak sahaja ikut selera sendiri)

CARA MEMASAK:
1.Goreng sekejap cili padi merah, cili padi hijau, bawang merah dan bawang putih sampai layu.
2. Kemudian kisar bahan gorengan tadi bersama kicap manis, kicap pekat, garam, gula, perasa dan sedikit perahan jus limau kasturi. Kuantitinya agak-agak sahaja.
3. Tuang Sambal Kicap dalam mangkuk dan sedia untyuk dinikmati bersama Tauhu Sumbat Ayam.
4. Sambal ini boleh simpan lama dalam peti sejuk.

 

IKLAN

Kredit resipi & foto: Rara Zabidin

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Rojok Kateh Kaki Lembu. Menu Istimewa Orang Terengganu

IKLAN

Resipi Masak Lemak Cili Padi Perut Lembu dan Rebung

Cara Bersihkan Perut Lembut Hitam Supaya Jadi Putih & Tidak Berbau

Resipi Daging Goreng Kentang. Menu Mudah, Sedap & Cepat Masak

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI