Resipi Tauhu Fantasi ini sangat lembut dan asyik bila dimakan. Bahan Tauhu Fantasi yang digunakan pun sangatlah mudah dan ringkas. Sesuai untuk dimakan seisi keluarga dan pastinya digemari ramai. Ini resipi cara membuat Tauhu Fantasi seperti yang dikongsikan oleh Wan Kasmawati Wan Husain
RESIPI TAUHU FANTASI
BAHAN-BAHAN:
200 gm tauhu (dilenyek)
1 biji telur ayam
12 biji telur puyuh (direbus)
1 biji putih telur (dipukul)
50 gm lobak merah (disagat)
2 batang sosej (dicincang)
1 batang daun bawang (dihiris halus)
1/2 sudu kecil garam halus (secukup rasa) – beli online
1 sudu kecil lada hitam – beli online
*Minyak masak untuk menggoreng
Hiasan:
Cili padi merah
Daun ketumbar
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan, kecuali putih telur. Gaulkan sebati.
2. Sudukan adunan k edalam acuan kuih lompang, dan letakan sebiji telur puyuh dan tekan sebahagian telur ke dalam.
3. Kukus selama 15 minit. Keluarkan tauhu dari acuan.
4. Panaskkan minyak. Celupkan tauhu ke dalam putih telur yang telah dipukul.
5. Gorengkan hingga keperangan. Angkat dan toskan.
6. Hidang Tauhu Fantasi semasa panas. Sedap dicicah bersama sos cili Thai atau pun sambal kicap.
Sumber kredit: Wan Kasmawati Wan Husain
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Crispy Di Luar Cair Di Dalam, Kuih Nan Gua Bing Hanya Guna 3 Bahan
Sedap & Mudah. Resipi Ikan Bakar Asam Jawa Ni Memang Kena Cuba!
Resipi Tempoyak Kacau Daun Kayu Paling Mudah, Ratah Macam Tu Je Pun Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=zUcmJtqJxf4
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Puding Jagung Simple, Mudah & Sedap
Sedapnya Puding Jagung simple perkongsian saudara Salman Rahim ni. Bahan-bahannya sangat mudah dan ringkas. Memang tak renyah cara penyediaannya. Jom cuba! Semestinya hidangan ini sangat enak dinikmati bersama keluarga. Pasti puas hati.
CARA MEMBUAT PUDING JAGUNG SEDAP, MUDAH & SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung – beli online disini
9 sudu makan tepung kastard – beli online disini
1 sudu makan mentega /marjerin – beli online disini
8-10 sudu makan gula – beli online disini
Secubit garam
1 tin susu sejat/cair – beli online disini
1 tin air (sukat guna tin susu)
CARA MEMASAK:
1.Campur tepung kastard, mentega, gula,garam, susu cair dan air ke dalam periuk bersesuaian. di atas kecuali jagung.
2.Kacau semua bahan hingga sebati terlebih dahulu tanpa buka api. Ia bagi mendapatkan adunan yang tidak berketul bila dipanaskan nanti.
3.Masak adunan guna api sederhana sambil dikacau tanpa henti sampai dapat adunan yang pekat bersinar.
4.Masukkan jagung. Kacau seketika hingga sebati.
5.Masukkan adunan Puding Jagung ke dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Salman Rahim
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kuih Bom Bijan Pandan Sedap & Mudah. Nak Cuba? Ni Resipinya.
Sedapnya Kuih Bom Bijan Pandan Kentang ni. Jika bab resipi kuih muih tradisional, resipi-resipi perkongsian Opah Mas Cotek memang terbaik. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Beliau juga tak berkira untuk berkongsi tip buat semua. Bagi anda yang sukakan Kuih Bom Bijan, boleh cuba resipi perkongsian opah ni. Intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa sama ada nak guna inti kelapa atau inti kacang. Dua-dua sedap.
CARA MASAK KUIH BOM BIJAN PANDAN KENTANG YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji ubi kentang – rebus dan lenyek
- 2 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- Sedikit pewarna hijau
- Santan secukupnya – kisar dengan 5 helai daun pandan
- Inti kelapa @ inti kacang hijau secukupnya ( resipi rujuk sini)
- Bijan putih secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan kecuali santan, inti dan bijan. Sebatikan.
2. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Cubit doh, bulat-bulatkan dan masukkan inti. Kalau nak timbang, 30gm doh & 20gm inti.
4. Sapu tapak tangan dengan sedikit air. Golekkan kuih bom atas tapak tangan hingga cantik membulat. Kemudian golekkan ke dalam bijan. Lakukan hingga doh habis.
5. Rehatkan kuih selama 1-2 jam di dalam peti sejuk.
6. Panaskan minyak dengan banyak guna api sederhana. Goreng kuih sambil digolek-golek hingga masak atau bertukar warna.
7. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI NI:
Lemak Manis & Sedap. Resipi Belebat Ubi Ni Memang Kena Cuba.
Ini 10 Idea Mi Segera Bertukar Jadi 10 Menu Sedap Meletop.
Burger, Muffin, Keropok, Murtabak, Pizza dan banyak lagi menu dalam koleksi ini adalah olahan dari mi segera, Eh, macam tak percaya, tapi ia memang betul dan hasilnya sangat sedap. Harap inovasi ini boleh membantu anda semua berkarya menambah menu sedia ada agar ahli keluarga tidak jemu dengan asyik mi segera biasa-biasa je. Untuk permulaan, anda boleh mulakan dengan 10 resipi yang RASA kongsikan ini untuk anda semua mencuba.
BEBOLA MI AYAM SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping mi kering | celur dan tos
- 1/2 cawan serbuk roti
- 1/2 cawan isi ayam rebus | carik-carik
- 1/2 cawan hirisan daun bayam
- Sedikit hirisan cili benggala
- Sedikit potongan dadu lobak merah
- 1 biji telur
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 Sudu teh garam
- Minyak secukupnya untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
- Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati.
- Keluarkan dalam mangkuk adunan, kemudian campurkan isi ayam, hirisan sayur-sayuran.
- Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata.
- Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
- Bulat-bulatkan doh hingga habis.
- Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan.
- Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.
BURGER DAGING MI KERING
BAHAN-BAHAN:
UNTUK MI
- 3 keping mi kering | rebus dan tos
- 2 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- Piring sos saiz besar | untuk acuan
BAHAN PATTY DAGING:
- 250gm daging kisar
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu makan serbuk roti
- 1/2 sudu teh garam halus
BAHAN-BAHAN LAIN:
- Hirisan timun
- Hirisan tomato
- Tomato ceri
- Beberapa keping keju
- Sos cili secukupnya
- Mayones secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat membentuk mi bagi mengantikan roti, pecahkan telur dalam mangkuk kemudian tambahkan garam dan perasa ayam.
- Kacau rata, masukkan mi yang telah dicelur ke dalamnya, Gaul lagi.
- Seterusnya masukkan campuran telur dan mi dalam piring sos saiz besar sebagai acuan.
- Panaskan pengukus dan kukus lima minit.
- Setelah mi membentuk seperti roti, bakar pula lebih kurang 7-10 minit supaya mi kelihatan garing keperangan. Setelah siap ketepikannya.
- Untuk sediakan petty. Campurkan daging kisar, serbuk lada hitam, serbuk roti dan garam. Gaul rata hingga sebati.
- Bentukkan bulat kemudian leperkannya.
- Panaskan sedikit mentega di atas kuali leper kemudian goreng daging hingga keperangan lebih kurang lima minit. Jangan terlalu garing, asal masak cukup.
- Untuk membuat burger. Ambil dua keping roti mi segera yang telah siap tadi. Sapukan bahagian bawah dengan sos cili, bahagian atas dengan mayones.
- Lapiskan atas roti mi lapisan sos cili dengan hirisan timun dikuti, pattie kepingan keju dan tomato.
- Akhir sekali lapiskan dengan satu lagi lapisan mi segera yang disapu dengan mayonies..
- Burger mi siap dan sedia dihidangkan.
KEROPOK LEKOR MI DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping mi kering | celur dan tos
- 1 biji telur
- 4 sudu makan tepung ganadum
- 2 sudu makan tepung ubi.
- 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh lada sulah
- 1/2 sudu teh garam halus
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan mi kering yang telah dicelur dalam mesin pengisar bersama daun ketumbar, telur, serbuk pati ayam, serbuk lada sulah dan garam.
- Kisar hingga halus, kemudian tuang ke dalam mangkuk adunan.
- Tambahkan dengan tepung ubi gaul rata.
- Seterusnya tambah sedikit demi sedikit tepung gandum, gaul rata sehingga boleh dibentuk.
- Dengan tangan yang bertepung (untuk mengelakkan adunan lekat di tangan dan papan pencanai, bentukkan adunan seperti keropok lekor. Lakukan hingga habis.
- Panaskan air dalam periuk, rebus keropok lekor, apabila timbul angkat dan toskan airnya.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
- Potong serong keropok kemudian goreng hingga garing.
- Keropok lekor mi sedia dihidangkan bersama sos pilihan anda.
KOKTEL MI GULUNG
BAHAN-BAHAN:
- 10-12 biji koktel ayam
- 2 keping mi kering | celur dan tos
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu makan tepung ubi
- Lidi satey secukupnya
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Masukkan mi dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan garam, lada sulah dan serbuk perasa ayam. Gaul rata dan cukup rasa,
- Taburkan tepung ubi atas campuran mi dan gaul rata.
- Lilitkan mi pada koktel yang telah dicucuk pada lidi satey. Lakukannya hingga habis.
- Panaskan minyak, goreng koktel yang telah bersalut mi hingga garing.
- Angkat dan toskan minyak.
- Setelah siap hidangkan bersama sos kegemaran anda.
MI SOSEJ KEJU BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket mi segera kari | celur dan tos
- 4 biji telur
- 1 cawan parutan kaju Mozzarella
- 1/2 cawan keju parmesan
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 2 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN:
4 batang sosej | hiris nipis
6 kuntum cendawan shitake | cincang
BAHAN TUMISAN:
- 1/2 biji bawang Holland | cincang
- 4 ulas bawang putih | cincang
- 1 paket perencah mi kari
- 1 sudu makan serbuk kari
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga layu.
- Masukkan perencah kari bersama serbuk kari, kacau seketika masukkan sedikit air.
- Apabila pecah minyak masukkan sosej dan cendawan shitake.
- Gaul rata dan rasa jika kurang masin boleh tambah sedikit garam gula.
- Tutup api jika sudah masak. Ketepikan.
- Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata, tambahkan dengan serbuk perasa ayam.
- Kacau rata, kemudian masukkan mi yang telah dicelur tadi bersama bahan tumisan.
- Kacau rata, masukkan separuh dari keju Mozzarella gaul sekata. Ketepikan.
- Panaskan ketuhar, 180C.
- 10 Masukkan campuran mi kering dengan tumisan tadi ke dalam acuan aluminium foil yang telah disapu dengan sedikit minyak.
- Taburkan lebih Mozzarela dan parmesan di atasnya.
- Bakar lebih kurang 30-40 minit.
- Setelah masak dan sejuk, ia sedia dihidangkan.
MINI MUFFIN MI BALOGNES
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping mi kering | celur dan tos
- 3 biji telur
- 6 kuntum cendawan shitake
- 150gm daging kisar
- 1/2 biji bawang Holland | cincang
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 3 sudu makan sos balognes segera
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu teh garan
- 1/2 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh serbuk oregano
- 2 sudu makan mentega
- 10 biji tomato ceri | belah empat untuk hiasan
- Sedikit keju parmesan
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan sos balognes, kacau rata masukkan pula daging kisar.
- Kacau rata seketika kemudian masukkan cendawan shitake.
- Seterusnya masukkan serbuk lada sulah, oregano, garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa masukkan mi yang telah dicelur tadi.
- Tutup api dan gaul rata. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
- Dalam mangkuk pecahkan telur dan kacau rata.
- Tuangkan telur dalam bekas berisi mi yang telah digaul dengan sos balognes. Gaul rata.
- Masukkan dalam paper cup kecil dan taburkan di atasnya dengan keju parmesan dan hias dengan hirisan tomato ceri.
- Bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan pada suhu 170C lebih kurang 15 minit.
- Setelah masak, keluarkan muffin dari ketuhar dan sejukkan seketika.
- Muffin sedia dihidangkan.
MURTABAK MI DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping mi kering | celur dan tos
- 3 biji telur
- 6-7 keping kulit popia
- 1/2 cawan daging kisar
- 1/2 cawan hirisan halus kubis
- 1/2 biji bawang Holland | cincang kasar
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- Sedikit garam dan gula
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan rempah kari, kacau seketika dan masukkan sedikit air. Kacau lagi.
- Seterusnya masukkan pula daging kisar dan sos tiram, kacau rata dan masukkan kubis.
- Terus kacau rata, selepas kubis layu, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan biarkan sejuk.
- Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata dan masukkan mi yang telah dicelur dan bahan tumisan. Kacau rata.
- Panaskan kuali leper (sebaiknya kuali yang digunakan untuk membuat roti jala), sapukan sedikit minyak.
- Tuangkan campuran mi tadi dalam kuali dan bentukkan empat segi dengan ketebalan 2cm.
- Balikkan dan jangan terlalu garing, asalkan mi membentuk keping sahaja.
- Tutup api. Potong mi menjadi empat atau enam bahagian.
- Balut setiap potongan mi tadi dengan kulit popia. Lakukan sampai habis.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng murtabak hingga kekuningan menggnakan api sederhana.
- Hidangkan murtabak panas-panas dengan sos kegemaran anda.
PIZZA MI CENDAWAN
BAHAN-BAHAN
BAHAN MI
- 2 keping mi kering | celur dan tos
- 3 biji telur
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu teh garam halus
BAHAN TOPPING:
- 1 cawan parutan keju mozzarella
- Sedikit hirisan cili benggala kuning dan merah
- 1 cawan cendawan butang dalam tin | hiris nipis
- 5 biji tomato ceri | belah dua
- 3 keping bacon ayam | hiris halus
- 1/2 biji bawang Holland | dadu kasar
- 3 sudu makan sos balognes
- 1 sudu teh serbuk oregano
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan mi, pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan serbuk lada sulah, perasa ayam dan garam. Kacau rata.
- Masukkan mi yang telah dicelur, gaul rata.
- Masukkan dalam loyang pembakar yang telah disapu dengan mentega.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama lebih kurang 10-15 minit.
- Sementara itu sediakan topping.
- Panaskan mentega, kemudian tumiskan bawang Holland, kacau rata masukkan sos balognes.
- Kacau rata, masukkan bacon ayam, cendawan dan cili benggala.
- Lengkapkan rasa dengan serbuk lada sulah, perasa ayam, oregano, garam dan gula.
- Tuangkan tumisannya ini atas mi yang telah dibakar tadi.
- Ratakan bahan tumisan melapisi permukaan mi, kemudian taburkan hirisan tomato ceri dan parutan keju mozzarella di atasnya.
- Bakar semula pizza dengan api atas selama lima minit lagi atau hingga keju cair dan sedikit perang bahagian atas pizza ini.
- Pizza sedia dihidangkan.
POPIA MI KEJU BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping mi kering | celur dan tos
- 12 keping kulit popia
- 1/2 biji bawang Holland
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 cawan isi ayam dicincang halus
- 1 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Sedikit lobak merah | dadu halus
- Sedikit hirisan daun ketumbar
- Sedikit garam dan gula
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan rempah kari, kacau sekejap dan masukkan sedikit air.
- Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan lobak merah dadu halus.
- Terus kacau hingga ayam masak.
- Perasakan dengan sos tiram, serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, masukkan mi yang telah dicelur dan gaul rata. Ketepikan.
- Ambil kulit popia, bentangkan dan isi inti mi dan letakkan kepingan keju di atasnya.
- Kemudian gulung kulit popia dan kemaskan gulungan dengan sedikit air.
- Panaskan minyak, setelah minyak panaskan, kecilkan api. Goreng popia hingga kekuningan.
- Popia sedia dihidangkan panas-panas dengan sos pencicah yang ada suka.
PUFF MI CENDAWAN CARBONARA
BAHAN-BAHAN
- 2 keping mi segera | celur dan tos
- 5 keping pastri puff segera
- 3 sudu makan sos carbonara
- 1/2 cawan daging kisar
- 1/2 biji bawang Holland | potong dadu
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 5 biji cendawan butang dalam tin | dadu halus
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- 1 biji kuning telur | kacau rata
- 2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga kekuningan.
- Masukkan daging kisar, kacau rata kemudian masukkan cendawan butang.
- Kacau lagi dan masukkan sos carbonara, gaul lagi.
- Perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan mi, kacau rata dan tutup api. Ketepikan.
- Canaikan pastri puff menjadi nipis, kemudian letakkan inti mi carbonara di atasnya.
- Lipat dua kepingan pastri, bentuk dan kemaskan tepi dengan hujung garpu.
- Letakkan dalam loyang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
- Sapukan bahagian atasnya dengan kuning telur.
- Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180C selama lebih kurang 30 minit.
- Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan puff sedia dihidangkan.