Jika beli hidangan ni, rasa tak puas makan. Kalau buat sendiri, pasti lebih mengenyangkan. Nak cuba? Resipi mudah perkongsian saudari Izan Abd Rahman ni boleh anda cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • Tauhu kering
  • 5-6 biji ubi kentang
  • Daging @ ayam kisar – jumlah ikut citarasa
  • Bawang goreng secukupnya
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 2-3 sudu makan bawang goreng
  • Daun sup – potong halus
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • 2-3 biji telur
  • Garam & serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Kopek kulit & rebus kentang hingga empuk. Kemudianlenyekkan kentang masa masih panas.
  2. Daging kisar digoreng hingga kering air. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
  3. Satukan kentang yang telah dilenyek tadi dengan daging.
  4. Masukkan bawang yang dipotong dadu, daun sup, serbuk lada putih dan bawang goreng. Gaul sebati.
  5. Potong tauhu kering berbentuk X ditengah.
  6. Sumbat adunan kentang dan daging di dalam tauhu hingga penuh.
  7. Pecahkan telur dan pukul.
  8. Celup tauhu yang dah disumbat tadi di dalam bancuhan telur dan goreng menggunakan minyak panas sehingga perang.
  9. Sedia untuk dinikmati bersama sos.

Resipi Tauhu Bergedil Daging & Sos Viral. Buat Minum Petang Atau Makan Malam Memang Cun!

IKLAN

BAHAN SOS HITAM MANIS PEDAS

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10 tangkai cili kering
  • Gula melaka atau gula merah
  • Bijan (disangai)
  • Gula biasa (kalau kurang manis)
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit belacan
  • 300ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
  6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI