Bagi penggemar tat telur pastinya lebih berpuas hati jika buat hidangan ini sendiri. Maklumlah, anda boleh buat banyak-banyak dan tentukan sendiri kandungan gula yang nak diletak. Rasa nak buat? Boleh cuba resipi ni. Pastri yang rangup, inti kurang manis dan tidak hanyir menjadikan tat ini sangat enak dinikmati pada bila-bila masa.
TAT TELUR
BAHAN-BAHAN:
Inti tat:
- 5 biji telur
- 250ml krim putar
- 175gm gula kastor
- 125ml susu segar
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1/2 sudu teh esen vanilla
Kulit Tat:
- 150gm tepung gandum
- 6 sudu makan mentega sejuk | dipotong dadu
- 125ml air sejuk
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula halus
CARA MEMASAK:
- Bagi menyediakan kulit tat, panaskan ketuhar pada suhu 180C.
- Pada masa yang sama, campurkan tepung gandum, garam dan gula ke dalam mangkuk besar.
- Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal dan tambah air sejuk sedikit demi sedikit sedikit sehingga adunan lembut.
- Kepalkan menjadi bola dan bungkus dengan pembalut plastik. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
- Tabur sedikit tepung dan uli doh sederhana tebal dan letakkan doh ke dalam acuan. Cucuk- cucukkan pai dengan garfu supaya kulit pai masak sempurna.
- Bakar selama 15 minit sehingga kulit tat kelihatan separuh masak. Sejukkan seketika sebelum diisi dengan inti.
- Untuk menghasilkan inti tat, satukan kesemua bahan dan pukul hingga sebati. Tapis dan tuang ke dalam kulit pai yang telah dimasak tadi.
- Masukkan kembali ke dalam ketuhar dan bakar sehingga tat masak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pancake Lemon & Pancake Milo… Sarapan Enak Untuk Anak-anak
Buat pancake atau penkek ni memang mudah. Pancake gebu lemak berkrim ditambah buah-buahn seperti lemon memang lazat. Bagi penggemar coklat, min pasti pancake Milo jadi pilihan.
Bagi mak-mak yang nak buat bekalan untuk anak sekolah dan juga sarapan, pancake memang pilihan terbaik. Jom semak resipinya.
PANCAKE LEMON MAPLE SYRUP
BAHAN-BAHAN:
- 150gm tepung gandum
- 50gm cornflakes | ramas kasar
- 280ml susu segar
- 30gm gula halus
- 1 biji lemon | perah ambil jusnya sesudu makan
- 1 biji parutan kulit lemon
- 1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
- 2 sudu makan mentega | cairkan
- 1 sudu teh serbuk penaik
- Sirap Maple secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, jus lemon, parutan kulit lemon, cornflakes, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.
3. Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali.
4. Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan.
5. Hidangkan pankek bersama sirap maple.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Tekstur agak kenyal
Jenis masakan : Pencuci mulut
INFO CHEF: Boleh hidangkan bersama hirisan buah-buahan segar dan krim putar jika suka.
PANCAKE MILO
Bahan – bahan:
- 1 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu cair/ susu segar
- 3 paket Milo 3 in 1
- 3 sudu besar mentega dicairkan
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder @serbuk penaik
CARA MEMASAK :
1. Pecahkan telur dan kacau
2. Masukan susu, soda bikabonat, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Boleh kisar guna pengisar. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati ye semua bahan – bahan untuk resepi pancake milo
3. Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan. Gunakan non-stick yang saiz 3-5inci.
4. Tuangkan 1 senduk adunan dalam pan, pastikan gunakan api yang perlahan ketika memasak.
5. Bila bahagian atas berlubang² udara & hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jangan biar lama sangat, takut terlebih masak di bahagian bawah.
6. Biarkan sekejap & terus angkat.
7. Sedia untuk dihidangkan.
* sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung.
* tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dgn air panas sedikit, tuang atas pancake.
Pancake Milo : Resipi dipetik dari Sheila Rusly
Mudah & Cepat Untuk Anak-Anak, Donut Ball Guna 2 Bahan Je!
Memikirkan kudapan untuk menu petang anak-anak, kadang-kadang boleh buntu juga. Apa kata kita buat donut ball yang mengggunakan 2 bahan saja!
Resipi yang dikongsi Reha Rahma ini sangat mudah dan cepat disediakan. Anak-anak pun tak perlu tunggu lama.
RESIPI DONUT BALL 2 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
1 cup yogurt perisa asli (130g)
¾ cawan tepung naik sendiri – beli online di sini
*Boleh gandakan sukatan jika nak masak lebih.
TONTON Dapur Rasa Live: Biscoff Brownies
TONTON Dapur Rasa Live: Mango Baked Cheesecake
CARA-CARA:
1. Campurkan dua bahan tadi. Gaulkan sehingga menjadi seperti dalam gambar.
2. Masukkan dalam piping bag, kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel-comel gitu. Masukkan seketul-seketul dalam minyak yang telah panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Goreng dengan api sederhana. Boleh angkat bila dah nampak warna keperang-perangan. Api jangan kuat sangat ya, donut ni cepat ja masak.
5. Bila dah masak goreng, angkat dan toskan. Kemudian, golek-golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.
Kredit resipi: Reha Rahma
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Mudah Je Nak Buat Kuih Tradisional Beluda & Sedap Makan Panas-Panas
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
5 Resipi Karipap Ni Memang Sedap Makan Panas-Panas
Enaknya minum petang dengan kuih muih melayu.Antara yang disukai ramai ialah karipap. Makan pula panas-panas confirm tak cukup satu. Ada pelbagai jenis karipap yang boleh anda cuba. Dikongsi resipi karipap pilihan anda.
1.KARIPAP DAGING RANGUP & BERINTI SEDAP
BAHAN KULIT KARIPAP:
- 1kg tepung gandum
- 3/4 cawan minyak masak
- 2 sudu makan marjerin
- 2 sudu makan air kapur jernih
- 1 sudu teh garam
- 400ml air sejuk dari peti ais
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak bersama marjerin hingga marjerin cair.
- Di dalam bekas besar, tuang tepung lalu dicurahkan minyak panas tadi.
- Gaul rata menggunakan senduk hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Masukkan air kapur jernih ke dalam bekas yang berisi air sejuk. Air kapur ini adalah tip nak merangupkan kulit karipap.
- Tambah sedikit garam dan kacau hingga garam larut.
- Tuang air sejuk tadi ke dalam tepung. Gaul sebati dan uli sehingga doh tidak lekat di tangan.
- Doh yang siap diuli.
- Masukkan doh ke dalam plastik dan biarkan selama 30 minit.
- Ambil doh dan bulatkan kecil. Masukkan kembali ke dalam plastik dan perap selama 1-2 jam. Sementara itu bolehlah buat intinya.
BAHAN INTI KARIPAP DAGING:
2kg kentang – didadu
300gm daging dicincang
2 biji bawang merah besar – didadu
2 ulas bawang putih – diracik
2 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan cili kisar
Sedikit daun sup
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan rempah kari dan cili kisar. Tumis lagi.
- Kemudian masukkan daging yang telah dicincang. Renihkan seketika.
- Perasakan dengan garam, gula & perencah cukup rasa. Jumlahnya agak-agak sahaja jangan terlalu berlebihan.
- Kemudian masukkan ubi kentang. Kacau rata.
- Renihkan kentang sehingga empuk. Tak perlu tambah air kerana kentang akan mengeluarkan air. Bila sudah masak, padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.
- Masukkan daun sup dan gaul rata. Alihkan inti ke dalam bekas.
- Ambil sebiji doh dan canaikan. Letak inti dan tutup doh.
- Kelim hujung doh dengan cantik dan kemas.
- Karipap yang telah siap di kelim.
- Panaskan minyak. Goreng karipap dengan menggunakan api sederhana perlahan.
- Angkat dan toskan.
- Karipap untuk minum petang sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Rosni Musa
2.KARIPAP KENTANG DAGING & TELUR REBUS
BAHAN KULIT KARIPAP:
- 1kg tepung gandum
- 1/2 cawan minyak masak – panaskan sekejap
- 3 sudu makan marjerin
- 1/2 sudu teh garam
- Air secukupnya
BAHAN INTI:
- 15 biji ubi kentang – kupas kulit & potong dadu
- 100gm daging – potong nipis & kecil
- 2 paket kecil rempah kari
- 10 tangkai cili kering – kisar halus
- 1 biji bawang besar – hiris
- 4 ulas bawang putih – hiris
- 1-2 tangkai daun kari – hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya – jika perlu
- Minyak untuk menumis
- Telur rebus – dibelah empat
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan garing.
2. Kemudian masukkan daging, cili kisar dan rempah kari. Masak lagi hingga garing. Daging boleh direbus terlebih dahulu tetapi empunya resipi tidak rebus kerana sudah hiris nipis.)
3. Seterusnya masukkan ubi kentang, garam serta gula secukupnya. Kalau inti agak kering, masukkan sedikit air.
4. Masak inti hingga kentang dan daging empuk. Padamkan api dan sejukkan inti.
5. Untuk membuat doh, satukan tepung gandum, marjerin, minyak masak dan garam. Gaul sebati.
6. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat. Jika terlembik, tambah tepung secukupnya. - Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai leper.
8. Sudukan inti secukupnya dan masukkan telur rebus. Kelim kemas. - Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: SuRiani Rahim
3.KARIPAP KAMPUNG
KULIT KARIPAP
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin
3 sudu besar minyak masak
Cara membuat:
1.Gaul rata semua bahan semua kecuali minyak dan marjerin.
2.Panaskan minyak sekejap dan masukkan marjerin sehingga cair, kemudian masukkan ke dalam tepung tadi semasa panas.
3.Gaul dengan senduk sehingga semuanya sebati dan jadi seperti serbuk roti. Masukkan 1/2 cawan air sejuk dari peti ais. Uli sebati.
4.Hasil doh yang sudah siap. Saya tak perap pun.
5.Sedia untuk digelek dan tekap karipap. Nak kelim guna tangan pun boleh, nak guna acuan pun boleh. Acuan ni beli dekat shopee “acuan karipap/dumpling Maker.
6.Inti dan tepung ngam-ngam cukup dapat banyak ni.
7.Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Api sederhana.
INTI KENTANG AYAM
Bahan-bahan inti:
1 biji bawang Holland saiz kecil
3 biji kentang saiz biasa
1 ketul dada ayam saiz besar (banyak pun boleh)
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
2 cawan air
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
1.Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang, ayam dan rempah kari ayam/daging.
2.Masukkan kentang, air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan sehingga hampir kering. Bila dah hampir kering, kacau-kacau supaya rata sehingga kering sepenuhnya (guna air sederhana).
3.Hasil setelah kering. Saya suka kentang berbiji dan empuk begini je. Kalau suka lembik, tambah air dan masak lebih lama.
4.Hasilnya, sedap makan panas-panas.
Kredit: Missz Amira
4.KARIPAP PUSING
KULIT KARIPAP PUSING
BAHAN DOH A
1/4 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Air ais secukupnya
CARA MEMBUAT DOH A
1. Dalam periuk kecil, panaskan minyak masak dan marjerin sehingga berbuih.
2. Tuang minyak masak dan marjerin panas tadi ke dalam tepung gandum. Gunakan sudu, kacau sebati.
3. Masukkan garam dan air ais sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga doh lembut.
4. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 120 gram. Ketepikan.
BAHAN DOH B
120 gram tepung beras
100 gram marjerin
CARA MEMBUAT DOH B
1. Dalam bekas, campurkan tepung beras dengan marjerin. Uli sehingga menjadi doh.
2. Jangan tambah air. Kedua-dua adunan ini boleh jadi doh tanpa air.
3. Ambil sejemput dan bulatkan menjadi bebola kecil. Anggaran berat 70 gram. Ketepikan.
CARA MENYATUKAN
1. Ambil DOH A. Jadikan leper dengan gunakan tangan. Ambil DOH B. Letakkan atas DOH A. Satukan kedua-duanya menjadi satu bebola.
2. Gunakan penggelek, leperkan sehingga nipis. Kemudian gulung.
3. Selepas digulung, gelek lagi sehingga nipis. Gulung lagi. Kemudian potong doh ini kepada 6 bahagian. Boleh jadi 6 biji karipap.
4. Ambil 1 bahagian, isikan inti. Kelim jadi karipap. Bolehlah goreng.
Sumber: Hidayati Hana
5.Karipap Rangup
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
200g planta
½ cawan minyak masak
2 cawan air sejuk + 3 sudu teh garam
1sudu air kapur
Cara buat doh:
1.Panaskan planta dan minyak masak sampai betul-betul panas.
2.Terus tuangkan dalam gandum tadi.
3.Gaul rata semua.
4.Air kapur tuang satu sudu dalam tepung tadi.
5.Masukkan air dan garam, kacau sampai hancur garam.
6.Tuang perlahan- lahan dalam gandum tadi sampai boleh uli jadi doh.Jangan tuang semua,sampai boleh canai jadi bulat.
7.Siap.( Makin nipis,makin rangup makin sedap)
*Hati-hati semasa nak angkat goreng karipap ni sensitif lembut sangat. Tangan mesti betul-betul kering goreng separuh masak. Jangan terus simpan mentah macam ni, tak cantik nanti.
Kredit: Azzura Ismail
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official