Daging Keema enak di makan bersama Cheese nan atau roti prata. Adunan daging dan rempah ratus amat membangkitkan selera.

Asal masakan ini adalah dari Arab. Masyarakat arab memang kaya dengan pelbagai menu yang enak-enak. Penggunaan daging kisar dan kacang peas segar dalam penyediaan Keema daging ini sangat-sangat memikat selera. Cakap bayak pun tak guna lebih baik kita cuba macam mana nak buat makanan ini.

 

RESIPI DANGING KEEMA

Resipi Step By Step Daging Keema. Sedap Makan Dengan Roti Atau Cheese Nan Meleleh!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • Daging kisar 400grm (1 petak 200grm)
    Klu masak utk ramai beli yg 1kg.
    Boleh juga ganti dgn daging batang pinang
    kalau teringin buat masakan daging potong.
  • Kacang peas dlm tin (utk 1 petak daging guna
    1 tin kecil.
  • Minyak sapi (ghee). 3, 4 sudu. Klu sekilo
    daging guna 1/2 tin. Boleh juga guna minyak
    masak dan masuk 2 sudu minyak sapi.
  • Daun ketumbar 1/2 mangkuk.
  • Tomato 3 biji dicincang. Utk 1kg daging
    dapatkan 2 1/2 mangkuk tomato cincang.
  • Bawang merah / holland2 biji yg besar.
  •  1/2 cawan air kosong utk basahkan masakan
    supsya tidak terlalu kering. Klu nak berkuah
    sikit, letak 1 cawan air.

REMPAH RATUS:

Resipi Step By Step Daging Keema. Sedap Makan Dengan Roti Atau Cheese Nan Meleleh!

IKLAN
  • 1 sudu besar (tsp) serbuk ketumbar.
  • 1 sudu besar jintan putih.
  • 2 helai daun kering bay leave (daun salam).
  • 4 biji bunga cengkih.
  • Stgh inci kulit kayu manis.
  • 2 biji buah pelaga.
  • 1/2 sudu teh garam sbg perasa (ikut tekak klu
    nak masin).
  • 1/2 inci halia yg ditumbuk (paste lebih baik).
  • 4 biji bawang putih (paste lebih baik).
  • Serbuk cili merah 1/2 sudu besar (klu nak
    warna masakan cantik, letak 1 sudu).
  • Serbuk kunyit 1/2 sudu besar (klu nak
    warna masakan cantik, letak 1 sudu).
  • 3 sudu serbuk Keema Masaala. Boleh cari di
    kedai runcit Pakistan atau di Mydin. Jenama
    Shan atau National. Tooba ni pun boleh. 2
    jenama tu dah habis stock.

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali, masuk 3 sudu minyak sapi. Sekiranya tidak suka minyak sapi, gunakan minyak masak. Rasa lebih kpd masakan melayu klu guna minyak masak.
  2. Minyak dah betul2 panas, masukkan bahan kering dahulu seperti daun bay leave, bunga cengkih, buah pelaga. Masukkan jintah putih, bawang putih, halia. Bawang merah juga boleh masuk ketika ini. Lebih naik baunya. Dan masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar. Sy juga masukkan 3 sudu serbuk Keema jenama Tooba. Kacau sehinga garing. (Dlm video sy tunjuk bawang masuk kemudian selepas rempah.)
  3. Masukkan tomato… goreng hingga tomato hancur dan layu. Masukkan daging kisar dan sy tak hancurkan. Sy biar daging tu sedikit kenyal dan pisahkan seperti kiub.
    Sy masukkan 1 petak shj sbb utk satu org mkn.
    Apabila masakan terlalu kering, masukkan 1/2 cawan air dan tutup kuali.
  4. Masukkan kacang peas dan tutup kuali semula.
    Utk yg gemar masakan sedikit basah, boleh tambah sedikit air lg dan sedikit garam sebagai perasa dan kacau kuali sebelum masakan diangkat utk dihidangkan.
  5. Masukkan daun ketumbar.

Sedap juga jika dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih.
Selamat mencuba.

IKLAN

*Cara2 masak boleh tengok di video ya.

https://www.facebook.com/eiraisma/videos/10156117366738280/

Kongsi resipi: Eira Prislla

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI