Dekat rumah admin wajib ada meatball dalam peti ais, macam-macam sebenarnya menu atau resipi boleh dibuat menggunakan meatball sahaja seperti spageti bolognese meatball ni. Resipi yang sangat mudah dan pantas untuk disediakan bila di rumah. Admin dapat resipi ni dari Nur Masri melalui facebooknya. Letak extra meatball memang layan. Tunggu apa lagi jomlah cuba resipi spageti bolognese meatball ni.

SPAGETI BOLOGNESE MEATBALL

Resipi Spageti Bolognese Meatball Untuk Anak-Anak Di Rumah Yang Pantas

BAHAN-BAHAN:

1 paket spageti

1 biji bawang holland(potong dadu)

1paket daging cincang

1 botol sos pasta mushroom (prego)

1 botol sos pasta traditional (prego)

1 tin cendawan ( potong nipis)

3 sudu besar sos cili

2 sudu besar cili kisar

4 ulas bawang putih(dicincang)

2 biji tomato( potong dadu)

IKLAN

500g Bebola daging

2 helai daun bay

Sedikit blackpapper

Sedikit Italian herbs

Sedikit oregano

1 kiub pati daging

Garam

 

DAPATKAN MITSUTOYO RECHARGEABLE PERSONAL BLENDER SET DENGAN HARGA ISTIMEWA MENGGUNAKAN CODE RASGSP5 DISINI!

IKLAN

 

Resipi Spageti Bolognese Meatball Untuk Anak-Anak Di Rumah Yang Pantas

CARA PENYEDIAAN:

1. Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam ,rebus spageti hingga lembut. Toskan.

Resipi Spageti Bolognese Meatball Untuk Anak-Anak Di Rumah Yang Pantas

2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, cili kisar dan bawang holland hingga naik bau.

3. Masukkan daging kisar & bebola daging kacau hingga masak dan air kering.

4.Kemudiaan masukkan sos pasta, sos cili, Kiub pati daging dan sedikit air, masukkan tomato yang di potong dadu , cendawan dan daun bay ,tunggu sehingga sos menggelegak, letak sedikit Italian herbs, oregano ,black pepper dan garam. Kacau hingga kuah nampak naik minyak. Tutup api dan hidangkan bersama spaghetti, taburkan oregano ke dalam kuah bolognese sebelum dihidangkan.

IKLAN

Resipi Spageti Bolognese Meatball Untuk Anak-Anak Di Rumah Yang Pantas

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nur Masri

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Aduh Sedapnya Dapat Makan Cendol Hasil tangan Sendiri Buat Di Rumah Sahaja

Oh Mudah Je Rupanya Cara Buat Tosei Ni! Jom Cuba.

Resipi lempeng Pisang Menu Petang Mudah Dan Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion Majalah Rasa:

https://dai.ly/x8cunm9

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI