Sos pencicah Thai ni memang serbaguna. Bagi yang suka  makan hidangan rebus dan bakar seperti sotong bakar, daging bakar, kerang rebus dan sebagainya, sesuai sangat nikmati bersama sos ni. Memang sedap. Fuh…memang tak sedar makan banyak. Bagi anda yang tercari-cari resipi Sos Pencicah Thai, saudari Siti Zubaidah Ibrahim ada kongsikan resipinya. Istimewa, sukatan ni untuk jumlah yang banyak. Jadi bolehlah simpan dalam peti sejuk dan guna banyak kali. Jimat masa & lebih mudah.

CARA BUAT PENCICAH THAI SEDAP & MUDAH

Resipi Sos Pencicah Thai Sedap. Guna Bahan-Bahan Ni Comfirm Jadi.

BAHAN-BAHAN:

  • 7-8 ulas bawang putih beli online disini
  • Cili padi hijau & merah – jumlahnya bergantung pada kepedasan masing-masing
  • Akar pakchi / ketumbar secukupnya
  • Daun ketumbar – hiris / cincang halus
  • 6-7 biji limau nipis
  • 2 ½ sudu makan sos ikan beli online disini
  • Gula dan garam secukupnya – jika perlu

CARA MEMASAK:

1. Cincang halus @ tumbuk bawang putih, cili padi dan akar ketumbar. Masukkan ke dalam mangkuk.

2. Perah jus limau nipis dan masukkan sos ikan. Tambahkan gula dan garam sedikit sahaja kerana sos ikan sudah ada perasa.

3. Masukkan hirisan daun ketumbar. Gaul rata.

IKLAN

4. Jika sos pencicah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air suam.

5. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Sos Pencicah Thai Sedap. Guna Bahan-Bahan Ni Comfirm Jadi.

IKLAN

Resipi Sos Pencicah Thai Sedap. Guna Bahan-Bahan Ni Comfirm Jadi.

INFO: Sos boleh diletak dalam botol dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

Kredit resipi & foto: Siti Zubaidah Ibrahim

IKLAN

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Resipi Ikan Siakap Sos Thai. Mudah & Sangat Sedap

Share Sampai 17K. Resipi Sambal Siram Mak Kongsi Ni Memang Sedap

Guna Minyak Bijan. Ini Rahsia Masak Nasi Goreng Cina Jadi Lebih Sedap

Cara Buat Kuih Tepung Boko Ubi Kayu Yang Lebih Mudah & Sedap

 

https://www.youtube.com/watch?v=VOfO2LPHG00

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI