Hanya guna empat bahan mudah. Anda boleh hasilkan sos bertaraf kafe secara homemade. Caranya pun mudah. Jom tengok resipi perkongsian saudari Fyda Nz ni.
BAHAN-BAHAN:
- Sos lada hitam secukupnya ( ikut citarasa atau letak sehingga sos berwarna hitam.)
- 2 cream of mushroom soup
- 2 sudu makan cream of chicken soup mix ( kiub ayam )
- 2 sudu makan tepung gandum
- Air secukupnya ( anggaran 1/2 periuk)
CARA MEMASAK:
1. Campur kiub ayam, cream of mushroom dan tepung gandum tadi . Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
2. Bila dah tak berketul, masukkan lebihan air dalam anggaran setengah periuk macam dalam gambar. Bila dah masukkan air setengah periuk, baru hidupkan api dan masak atas dapur sambil dikacau hingga mendidih. Jika tidak dikacau, bancuhan akan berketul dan kuah menjadi tidak cantik.
3. Bila dah mendidih, baru masukkan sos lada hitam dan kacau sebati.
4. Siap! Padamkan api. Sos lada hitam ini sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda.
Kredit gambar & resipi: Fyda Nz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sos Cili Ala Thai Homemade, Buat Sendiri Senang & Jimat
Sos Cili Ala Thai Homemade, bagi yang suka makan cicah sos cili ala thai boleh buat sendiri dan ikut kepedasan yang di ingini. Bukan setakat sebagai pencicah ia juga boleh guna sebagai bahan perasa dalam masakan.
Resipi Sos Cili Ala Thai Homemade
SOS CILI ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji cili merah
- 9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
- 5 ulas bawang putih
- 1 ½ cawan air
- 2 sudu besar cuka
- 1 biji jus limau nipis
- 1 cawan gula atau secukup rasa
- 1 sudu garam atau secukup rasa
- 2 sudu makan sos ikan
- 1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
CARA MEMASAK:
- Kisarkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air
- Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.
- Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.
- Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
Kredit resepi: imah rahman
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Nasi Butter Sedap, Lembut & Wangi Hanya Guna Beras Biasa.
Cili & Bawang Kisar Tahan Lama, Mudah Nak Masak Tinggal Ambil Je!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Buat Stok Sambal Kicap Johor. Sangat Sedap & Tahan Lama
Orang Johor ni kalau makan goreng pisang ,karipap, popia dan lain-lain mesti lengkap dengan sambal kicapnya. Maka sambal kicap ni memang wajib ada di rumah, mudah nak menyicah nanti. Kalau mereka yang tidak biasa boleh cuba rasa. Boleh buat sendiri sambal kicap yang sedap ni.
Bahan-bahan:
Cili Padi, bawang merah & bawang putih.
1.Goreng garing
2. Dah siap digoreng
3. Cili padi dah siap goreng
4. Blend semua bahan.
5. Masukkan kicap lemak manis.
6. Sedikit gula & garam.
7. Blend lumat.
8.Siap 😋
Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering Dan Cucur Udang Kesukaan Dato’ Jalaluddin Hassan
Terkenal dengan jolokan hero malaya suatu ketika dahulu dan juga hos Who Wants To Be A Millionaire Dato’ Jalaluddin Hassan turut mewarnai Rasa Nostalgia Ramadan bersama Datuk Chef Wan. Aura pelakon lama memang berbeza melihat gaya percakapannya juga tidak sama dengan pelakon masa kini.
Istimewa di bulan Ramadan Chef Wan memasak menu kesukaan Dato’ Jalal ketika berbuka iaitu Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering dan Cucur Udang. Menurut Chef Wan untuk mendapat rasa yang enak pada sambal tumis, sotong kering sebaiknya direndam semalaman.
Keduanya turut berkongsi nostalgia Ramadan dan mengimbau makanan yang disukai mereka. Menariknya juga di sepanjang program ini, Chef Wan tidak lokek berkongsi tip masakan yang memang dinantikan oleh semua. Rugi jika tak menonton Rasa Nostalgia Ramadan jam 5 petang, Isnin hingga Jumaat sepanjang ramadan di Astro Prima HD 105 & 125.
NASI LEMAK
Bahan-bahan:
600gm beras
1.1 liter santan
2 inci halia (hiris nipis)
3 helai daun pandan
Kacang tanah goreng
Telur rebus
Garam
Sedikit air
Cara memasak:
1. Masukkan beras ke dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan.
3. Masukkan halia.
4. Masukkan garam.
5. Masukkan santan. Pastikan sukatan nisbah santan dan nasi adalah 1:1 cawan.
6. Tambahkan sedikit air.
7. Letakkan air di atas dapur dan biarkan ia sehingga mendidih.
SAMBAL TUMIS SOTONG KERING
Bahan-bahan:
500gm sotong kering yang telah direndam
4 sudu minyak
5 sudu besar air asam jawa
Cili kisar
Garam
Gula
Santan (optional)
Gula merah
Kacang tanah (tumbuk)
Bahan kisar:
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1⁄2 sudu makan belacan
1 biji bawang besar
Cara memasak:
1. Kisar bawang merah, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air serta belacan.
2. Panaskan minyak.
3. Tumiskan bahan yang telah dikisar.
4. Masukkan cili kisar.
5. Seterusnya masukkan sotong yang telah direndam.
6. Masukkan gula merah.
7. Kemudian, masukkan air asam jawa.
8. Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk halus.
9. Tambahkan air.
10. Masukkan garam dan gula.
CUCUR UDANG
Bahan-bahan:
150gm kacang dal (rebus dan toskan)
Minyak
75gm udang kering (rendam dahulu sebelum disangai dan ditumbuk)
300gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk kunyit
200gm udang (buang kulit dan belah belakang)
1 labu bawang merah (cincang)
1 biji tomato (dipotong dadu)
150g taugeh
2 biji cili hijau (cincang)
Segenggam daun kucai (potong)
2 biji telur
Garam
Air
Cara memasak:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk yang besar.
2. Masukkan serbuk penaik dan serbuk kunyit.
3. Masukkan garam.
4. Masukkan udang kering yang telah direndam dan disangai serta ditumbuk.
5. Kemudian masukkan kacang dal yang telah direbus dan ditoskan airnya.
6. Masukkan cili hijau dan bawang merah yang telah dicincang.
7. Masukkan segenggam daun kucai yang telah dipotong dan sebiji tomato yang telah
dipotong dadu.
8. Masukkan 2 biji telur yang telah dipukul.
9. Masukkan udang yang telah dibuang kulitnya dan dibelah belakang.
10. Masukkan air dan taugeh.
11. Gaul kesemua bahan yang telah dicampur ke dalam mangkuk tersebut.
12. Panaskan minyak.
13. Masukkan adunan yang telah dicampur ke dalam minyak yang panas.
14. Goreng cucur udang sehingga menjadi kuning keemasan.
15. Angkat cucur udang tersebut dan sedia untuk dihidang.