Jika anda suka makan di restoran nasi kandar pasti selalu tengok Sayur Kubis Goreng ini. Rasanya sedikit berempah dan sedap dimakan bersama kari. Pendek kata menu sayur ini pasti menjadi pilihan wajib setiap kali menjamu selera. Seakan tidak lengkap anda makan nasi kandar tanpa mengambil Sayur Kubis Goreng. Jom cuba buat Sayur Kubis Goreng ala mamak mengikut resipi yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie
SAYUR KUBIS GORENG ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
½ biji kubis 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih ½ batang lobak merah 1 sudu teh halba campur 1 inci halia 6 tangkai cili kering 2 biji cili padi 2 tangkai daun kari 1 sudu teh serbuk kunyit ½ sudu teh biji jintan putih Sedikit serbuk lada sulah/putih Garam secukup rasa
BAHAN TUMISAN YANG PERLU DISEDIAKAN:
*halia potong mancis *bawang merah potong mayang *cili padi potong kasar *bawang putih racik halus *cili kering gunting 2 atau 3 *daun kari *halba campur
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Potong kubis halus, cuci bersih dan toskan dan lobak merah potong mancis.
2.Panaskan 1 senduk minyak, tumis kesemua bahan ini sehingga naik bau.
3.Tumis sehingga semua bahan naik bau atau jadi layu.
IKLAN
4. Bila bahan tumisan sudah layu masukkan ¼ cawan air.
5. Kemudian masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit kacau sebati.
6. Terus masukkan sayur kubis dan lobak merah.
7. Kacau semua bagi sebati.
IKLAN
8. Masukkan ½ cawan air. Sayur ini tidak perlu kuah yang banyak.
9. Taburkan ½ sudu kecil biji jintan putih jika suka.
10. Perasakan dengan sedikit garam secukup rasa.
11. Taburkan sedikit lada sulah/putih. Sayur ini tidak terasa pedas, tapi rasa dari bahang lada sulah dan herba campurannya.
12. Sudah siap sayur kubis goreng ala mamak. Sayur ini memang terkenal di restoran-restoran nasi kandar sekitar Pulau Pinang.
Bila sebut sahaja sayurperia, pasti terbayang di mata anda sayur pahit yang biasa dinikmati oleh orang-orang yang ada masalah darah tinggi. Ia mudah didapati dan harganya tidak mahal. Walaupun begitu, nilai khasiat serta manfaatnya terhadap kesihatan sangatlah banyak.
KHASIAT PERIA KATAK
1. Merawat darah tidak sihat seperti darah bertoksin. Caranya ialah dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
2. Penyakit taun– Jika menghidapi taun yang diperingkat awal, ia boleh cuba dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
3. Penyakit kencing manis– Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
4. Penambah tenaga– Bagi anda yang selalu rasa badan lesu-lesu, boleh cuba amalkan jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina. Malah ia juga boleh dicuba untuk mengurangkan masalah tidur yang tidak lena.
5. Membaiki masalah mata– Kandungan beta-karotene yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan serta menjaga mata.
6. Membersih dan memperbaiki masalah hati(hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan dan dikatakan dapat mengatasi masalah jaundice.
7. Pengambila peria juga dikatakan boleh meningkatkan sistem imun serta daya ketahanan badan terhadap melawan jangkitan penyakit.
8. Selain itu, peria juga dikatakan dan merawat masalah buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi.
9. Amalan meminum jus peria katak juga dikatakan dapat mengurangkan psoriasis ( Penyakit yang dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar abnormal yang luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit) dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan dan lain-lain.
10. Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dikatakan dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
PERHATIAN:Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK
Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Setelah bahan tumisan garing tutup api.
Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
Sambal goreng pertia sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Untuk menghilangkan pahit peria, gaulkan peria dengan campuran garam dan cuka makan. Gaul rata dan biarkan lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan tos.
2. SAMBAL SOTONG & PERIA
BAHAN-BAHAN:
1 tin sotong dalam tin | toskan airnya
2 biji peria katak | buang biji & hiris nipis
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya | untuk menumis dan menggoreng
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Sotong yang telah ditoskan airnya, dilalukan di bawah air paip mengalir kemudian toskan semula.
Hirisan peria, digaul bersama garam dan kemudian bilas dengan air bersih dan toskan.
Panaskan minyak, goreng peria separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan sotong dan kacau rata. Diikuti dengan semua bahan sos dan air asam Jawa.
Kacau sebati masukkan pula peria.
Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup masak dan timbul minyak. Tutup api.
Sedia dihidangkan.
3. PERIA TELUR GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN:
1 biji peria | buang biji dan hiris kecil
2 biji telur
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menumis
BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar
3 ulasa bawang putih
4 biji cili merah
Beberapa tangkai cili padi | jika ingin lebih pedas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar kasar hingga wangi dan pecah minyak.
Seterusnya masukkan peria, kacau rata hingga layu.
Masukkan air jika perlu.
Kecilkan api, tolak peria ke tepi kuali.
Pecahkan telur di dalamnya kemudian gaulkan bersama tumisan peria tadi.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila peria telah lembut, tutup api.
Sedia dihidangkan.
4. PERIA MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
2 biji peria – hiris nipis
6 biji cili api – tumbuk halus
1 batang serai – ketuk
1 helai daun kunyit
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit ikan bilis
Santan secukupnya
Air masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk, masukkan air, separuh santan, serai, cili api yang ditumbuk halus dan sedikit serbuk kunyit. Kacau perlahan.
Setelah mendidih, masukkan peria dan ikan bilis.
Kemudian masukkan lebihan santan tadi dan kacau perlahan.
Setelah itu masukkan garam secukup rasa. Kacau sebati. Tutup api.
Sedia dihidangkan.
5. PERIA GORENG
BAHAN-BAHAN:
2 biji peria – potong nipis
5 biji cili api
1 biji telur – pecahkan
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
1/2 sudu kecil tepung beras
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan cili api hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar, telur dan tepung beras ke dalam kuali. Masak sehingga bahan rangup.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan hirisan peria dan gaul sebati.
Sayur Lemak Kulit Rambai. Menu paling sedap dan jimat. Mana tak nya. Isi boleh dimakan, malah kulitnya pun enak dimasak sayur. Makan dengan nasi panas, ada pula ikan goreng garing dan sambal belacan. Perghh…memang berselera.
Lagipun lauk sebegini bukan selalu boleh cuba. Hanya boleh rasa setahun sekali sahaja dikala musim buah rambai tiba. Sangat enak! Rasa yang sedikit masam, masak pula kuah lemak begini, nikmatnya.
Bagi anda yang nak cuba, bolehlah cari buah rambai. Beli dalam sekilo pun cukup. Terus kupas ambil kulitnya. Jangan tunggu kecut atau jadi kehitaman tau. Nanti tak sedap bila dimakan. Jom cuba masak resipi perkongsian saudari Erny Yusniza Saad ni. Dijamin puas hati!
CARA MASAK SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI
BAHAN-BAHAN:
Kulit rambai
3 ekor ikan temenung – boleh juga guna ikan sardin
1 biji bawang merah besar – dimayang
1 biji cili besar – hiris
3 biji cili padi hijau – hiris
Petai – potong dua
1 kotak santan – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
Air rebusan ikan
CARA MEMASAK:
1.Panaskan air dan celur kulit rambai bersama garam seketika. Ia bertujuan mengurangkan rasa masam kulit rambai.
2. Selepas direbus, sejukkan. Rendam seketika bersama air kapur. Ramas untuk buang airnya dan sejatkan.
3.Rebus ikan. Kemudian hancurkan isinya.
4. Masukkan isi ikan, bawang, cili padi dan santan ke dalam kuali.
5. Masukkan air rebusan ikan. Pastikan ditapis ya.
6. Tunggu sehingga agak-agak santan sudah separuh masak, barulah masukkan bahan seterusnya.
7. Masukkan kulit rambai, petai dan hirisan cili besar.
8. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Tunggu menggelegak sekejap. Kacau sikit. Terus tutup api. Jangan sampai pecah minyak tau.
10. Dah siap. Sayur Lemak Kulit Rambai siap untuk dihidang.
Sedapnya PetaiJeruk. Tidak dinafikan ulam kampung ni memang menjadi kegemaran ramai dan menambah selera makan. Kalau beli, harganya boleh tahan mahal. Jadi sempena musim petai ni apa kata anda cuba hasilkan sendiri Jeruk Petai untuk stok di rumah. Mudah je kalau ikut resipi perkongsian saudari ZiLa KJ ni. Pasti puas hati.
RESIPI PETAI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Petai
Air masak
Garam kasar secukupnya
5-6 biji cili padi merah
CARA MEMASAK: 1. Basuh petai hingga bersih.
2. Didihkan air dalam periuk. Kemudian rebus petai tadi.
3. Bila warna kulit petai bertukar warna seperti dalam gambar, angkat dan toskan airnya.
4. Setelah petai sedikit suam, keluarkan isi dari kulit. Isi petai dimasukkan dalam bekas berisi air biasa.
5. Bila siap dikupas, basuh petai tadi bagi membuang lendir dan sisa kulit yang masih melekat. Tos guna penapis. 6. Biarkan petai dalam penapis semalaman. Ia bertujuan memastikan air rebusan betul-betul kering. Nanti bila dijeruk, petai masih rasa rangup. 7. Masukkan petai ke dalam balang bersih. Kemudian isi air masak hingga melebihi paras petai. 8. Letak garam kasar secukupnya di bahagian permukaan atas. Tak perlu gaul atau goncang kerana garam akan larut perlahan-lahan. Masukkan juga cili padi untuk rasa pedas (jika suka). Tutup bekas dan biarkan selama 3 hari. 9. Cukup tempoh 3 hari, ambil sebiji petai dan rasa. Jika tidak masin, tambah sedikit lagi garam. 10. Selepas seminggu, petai jeruk sedia untuk dinikmati.