Salah satu kuih yang anda boleh hasilkan dengan banyak dan sejuk bekukan untuk dinikmati pada bila-bila masa. Dengan resipi ni, nak buat kuih untuk niaga pun boleh tau. Selamat mencuba!

BAHAN DOH:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan mentega
  • Sedikit garam
  • Air (dari peti sejuk)

CARA-CARA:

  1. Ramas tepung, mentega dan garam sampai jadi macam serbuk roti.
  2. Kemudian masukkan air sejuk dan gaul sampai tepung tidak melekat pada tangan.
  3. Rehatkan doh dan tutup dengan kain. Ketepikan seketika.

BAHAN INTI:

IKLAN

Resipi Sardin Roll Sedap. Boleh Sejuk Bekukan & Nikmati Bila-Bila Masa. Layan Beb!

  • 1 tin sardin (dihancurkan)
  • 2 sudu makan cili boh
  • Bawang holland (dipotong dadu)
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Jus lemon secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1.  Tumis bawang holland hingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh.
  2.  Setelah cili kelihatan pecah minyak, masukkan sardin,gula dan garam. Gaul sebati.
  3.  Masukkan jus lemon. Siap dan sejukkan seketika.
  4.  Ambil doh, canai mengikut ketebalan yang sesuai dan isikan inti. Gulung mengikut kreativiti.
  5.  Sardin roll ini boleh digoreng atau dibakar di dalam ketuhar.

Resipi Sardin Roll Sedap. Boleh Sejuk Bekukan & Nikmati Bila-Bila Masa. Layan Beb!  Resipi Sardin Roll Sedap. Boleh Sejuk Bekukan & Nikmati Bila-Bila Masa. Layan Beb!

IKLAN

Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & gambar: Shima Mahmud

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI