Dikongsi lebih 20 ribu kali di FB, ternyata resipi sandwic telur perkongsian saudari NaNie ni memang sangat praktikal dan sesuai digunakan untuk jualan. Hanya menggunakan tiga bahan, anda boleh hasilkan sandwich yang sedap dan enak. Lebih istimewa, sukatan yang diberikan memang cukup untuk 2 bungkus roti sandwich yang besar tu. Jadi bolehlah agak kan? Jom cuba.

 

INTI SANDWIC TELUR VIRAL

BAHAN-BAHAN: 

  • 10 biji telur
  • 1 senduk mayones
  • 1 sudu teh lada sulah ajishio

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • 2 bungkus besar roti sandwic
  • Tomato – potong bulat
  • Daun salad secukupnya
  • Mentega

Resipi Sandwic Telur Viral Yang Hanya Guna 3 Bahan. Ringkas Tapi Sangat Sedap.

IKLAN

CARA MEMASAK:

1. Rebus telur dan lecek halus.

2. Satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati.

Resipi Sandwic Telur Viral Yang Hanya Guna 3 Bahan. Ringkas Tapi Sangat Sedap.

IKLAN

3. Inti telur siap untuk dilapis dengan roti.

Resipi Sandwic Telur Viral Yang Hanya Guna 3 Bahan. Ringkas Tapi Sangat Sedap.

CARA MELAPIS:

IKLAN
  1. Sapukan roti dengan mentega dengan secukupnya.
  2. Ambil sekeping roti, letakkan tomato.
  3. Kemudian letakkan 1 sudu penuh ( bumbu) inti telur tadi. Ratakan.
  4. Letak sekeping salad diatas inti telur dan akhir sekali, letakkan sekeping lagi roti.
  5. Potong serong 2 atau 4. Siap untuk dinikmati.

Resipi Sandwic Telur Viral Yang Hanya Guna 3 Bahan. Ringkas Tapi Sangat Sedap.

Resipi Sandwic Telur Viral Yang Hanya Guna 3 Bahan. Ringkas Tapi Sangat Sedap.
INFO DEKO SANDWIC UNTUK JUALAN:

  •  Susunan: Roti-tomato-bancuhan telur-salad-roti.
  • Jika potong serong 4, boleh masukkan dalam cawan kertas.
  • Kalau potong dua, letak dalam bekas sandwich 3 segi. Jual RM2 satu pek.
  • Untuk kepelbagaian, boleh juga masukkan crabstick ( filamen ketam) atau sosej. Celur dulu bahan-bahan tersebut, potong kecil dan gaul dalam bancuhan telur. Harga jualan boleh dinaikkan sedikit.

Selamat mencuba! Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda yang ingin mencari pendapatan sampingan.

 

Kredit resipi & foto: NaNie

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI