Sambal tumis sentiasa menjadi menu popular untuk dihidangkan bersama hidangan juadah lain. Tapi ada kalanya sukar untuk mendapatkan rasa sambal tumis yang sedap.

Menerusi resipi yang dikongsi Suzana Othman ini, berkongsi cara dan petua bagaimana untuk mendapatkan rasa sambal tumis yang sedap.

Resipi sambal tumis ini sesuai untuk sambal nasi lemak, lempeng dan seangkatan dengannya.

 

SAMBAL TUMIS

Resipi Sambal Tumis Cepat Masak & Petua Jadi Lagi Sedap

BAHAN-BAHAN:

2 genggam cili kering – beli online di sini
2 biji bawang besar – beli online di sini
6 ulas bawang putih – beli online di sini
1 mangkuk kecil ikan bilis – beli online di sini
Gula nissey/gula Melaka
2 sudu kecil belacan
Minyak masak
Air asam jawa

TONTON Biscoff Brownies

IKLAN

TONTON Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung | Dapur Rasa Live

Resipi Sambal Tumis Cepat Masak & Petua Jadi Lagi Sedap

CARA-CARA:

1. Potong cili kering, rebus dan toskan. Kisar cili kering dengan 1 cawan minyak masak dan setengah cawan air.
2. Kisar bawang besar dan bawang putih, jangan letak banyak air.
3. Kisar bilis guna pengisar kering.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

Resipi Sambal Tumis Cepat Masak & Petua Jadi Lagi Sedap
4. Panaskan minyak dalam kuali. Dengan api sederhana, tumis bebawang yang dah dikisar tadi.

IKLAN

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Resipi Sambal Tumis Cepat Masak & Petua Jadi Lagi Sedap
5. Bila bawang dah naik bau, masukkan bilis. Kacau hingga garing.

Resipi Sambal Tumis Cepat Masak & Petua Jadi Lagi Sedap
6. Setelah itu, masukkan cili kering. Sentiasa kacau supaya sambal tak hangus.

Resipi Sambal Tumis Cepat Masak & Petua Jadi Lagi Sedap
7. Masukkan gula melaka. Gula ini yang mencantikkan warna sambal kita nanti selain menyedapkan lagi rasa sambal.
8. Masukkan 2 sudu kecil belacan yang telah dibakar, kacau sambal hingga dapat warna merah hati.
9. Part ni paling penting. Bila sambal dah garing, masukkan sedikit air, tumis lagi sampai garing semula. Kiranya macam tumis dua kali, supaya cili betul-betul masak dengan cantik dan sekata.

Resipi Sambal Tumis Cepat Masak & Petua Jadi Lagi Sedap
10. Bila dah dapat warna yang kita inginkan, barulah masukkan asam jawa. Kepantangannya ialah asam jawa tak boleh dimasukkan masa sambal belum masak, nanti proses memasak jadi lambat.

IKLAN

Resipi Sambal Tumis Cepat Masak & Petua Jadi Lagi Sedap
11. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan aji. Kacau rata, kemudian rasa sama ada cukup atau tak pedas manisnya. Kalau rasa sambal tu pedas, boleh tambahkan gula putih atau gula perang. Bila dah seimbang baru tutup api.
12. Enak dihidang bersama lempeng. Nak letak telur rebus atau tabur bilis goreng pun boleh. Sesuai disajikan bersama nasi lemak.

Resipi Sambal Tumis Cepat Masak & Petua Jadi Lagi Sedap

Kredit resipi: Suzana Othman

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Lengkap Rasa Masam Manis, Resipi Ikan Talapia Garing Bersos Limau

Hidangan Pasta Ringkas Yang Mengenyangkan Untuk Sahur

Masak Sup Ayam Guna Rempah Homemade, Memang Sedap!

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI