Kalau masak lauk ni, memang nasi kena masak lebih. Walaupun sekadar bilis dan telur, percayalah hidangan ini memang ‘killer’. Sekali cuba, dua pinggan nasi pun habis.
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji bawang putih (tumbuk)
- 5 biji bawang merah (kisar)
- 1 sudu makan cili kisar
- Bilis (guna yang halus lagi sedap)
- 3 biji telur
- 1 biji ubi kentang | dikupas kulit dan dipotong panjang
- Minyak
- Garam secukup rasa
- Air asam jawa secukupnya
- Sedikit belacan
- Sedikit gula
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dan goreng kentang hingga kekuningan.
- Kemudian goreng ikan bilis menggunakan minyak yang sama hingga garing. Angkat.
- Masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau dan masukkan bawang merah yang telah dikisar. Bila dah garing elok, masuk cili kisar.
- Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit belacan. Masukkan juga garamsecukup rasa.
- Bila sambal masak dan naik minyak, perlahankan api. Buat lubang pada sambal dan pecahkn telur. Biar sehingga telur masak.
- Bila telur kelihatan hampir masak, masukkan bilis dan kentang goreng tadi. Jangan kacau sangat, tabur je.
- Siap dan sedia untuk dinikmati. Pasti makan nasi bertambah!
Kredit resipi & gambar: FB Nadia Mohamad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Buat Parpu Telur
Orang utara mesti tau ni masak apa..ni namanya masak parpu teloq. Kalau masak parpu teloq ni mesti nak boh teloq rebuih dgn teloq pecah..baru best Ini kalau makan dengan roti atau nasi panas-panas memang sedap yang amat. Korang cuba resipi ni.
PARPU TELUR
Kacang parpu..perlu rendam semalaman
Teloq..tepulang nak rebus atau pecah
Santan..
Sebok kunyit skit..
Garam..
Sebok perisa jika nak..
Ubi kentang..tomato belah 4
BAHAN BLEND..
Bawang besaq..
Bawang putih..
Halia..
BAHAN TUMIS DARAT..
Bawang besaq..hiris
Bawang putih..hiris
Daun kari..
Cabai kering potong 2..
CARA MEMASAK..
Rebus kacang parpu yg rendam semalaman tu dlm periuk atau kuali..pastu tuang bahan blend n sebok kunyit..boh minyak skit na..pastu rebus sampai parpu lembut..bila dah lembut dah boleh boh ubi kentang bila ubi dah empuk boh santan teloq garam n sebok perisa..kemudian boh tomato..pastu tumis bahan yg tumis darat tadi dgn minyak skit na..bila dah agak2 garing dah boleh tuang atas masak parpu kita td..pastikan kuah mendidih dlu na..kemudian tutup api..dah boleh dhidang..
Kredit Resepi : masni bahari
Menu Ringkas Telur Goreng Juicy Spicy
Sesekali, jika bosan mengadap menu ayam, daging dan seafood, bosan juga. Masa ni, makan lauk telur goreng je pun dah sangat sedap. Tapi cubalah dengan menambah hirisan limau nipis. Hmm…Boleh terkecur air liur dibuatnya.Menu yang sangat mudah dan ringkas tapi memang menambah selera.
TELUR GORENG JUICY SPICY
BAHAN-BAHAN:
- Telur
- Kicap
- Cili Padi Potong
- Limau nipis
CARA MEMASAK:
- Telur itu goreng mata kerbau (telur kuning biar lembik). Boleh juga rebus telur 3 suku. Tapi resipi kali ini goreng lagi sedap.
- Letak kicap manis, cili potong, perah limau nipis
- Akhir sekali gaul-gaul sikit. Masuk mulut telur dengan cili skali.
Kredit foto & resipi: Hani Pembor
Idea Masakan Guna Telur Ringkas Dan Disukai Waktu Sahur
Bahan-bahan
3 biji telur gred A
50 gm isi ayam – dicincang
8 biji tomato ceri – dihiris nipis
6 biji cendawan – dihiris nipis
1 biji lada benggala/capsicum – ikutla warna merah/kuning/hijau – dipotong dadu
1 biji bawang besar – dicincang
2 sudu teh minyak masak
Cara-cara
1. Pecahkan telur dalam mangkuk,masukkan garam serta secubit lada sulah.Pukul hingga telur kembang.Asingkan.
2. Panaskan minyak panas dalam kuali,tuangkan telur ke seluruh permukaan kuali.
3. Biarkan untuk beberapa minit.
4. Masukkan isi ayam,bawang besar,lada benggala,cendawan,dan akhir sekali tomato ceri.
5. Lipatkan telur dua bahagian.
6. Siap untuk dihidang
Telur Rebus Bersambal
Bahan-bahan
3 biji telur ayam gred A
3 sudu besar cili boh
bahan perasa secukupnya
sedikit air
1 biji bawang besar dimayang
sedikit sos tomato
Bahan dikisar :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
Cara-cara
1. Rebus telur tadi sehingga masak.
2. Kupaskan kulit telur dan goreng sehingga kekuningan dan asingkan.
3. Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan cili boh serta sos tomato dan kacau lagi
5. Kemudian,masukkan bahan perasa serta telur yang digoreng tadi.
6. Akhir sekali,masukkan bawang besar yang telah dimayang dan gaulkan sebati.
7. Siap untuk dihidang.
Bahan-bahan
1/3 cawan daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halu
5 biji cili padi, cincang halus
1/4 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1/2 kiub pati daging lembu
Sedikit air
Sedikit sos ikan
Cili merah, buang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan (guna parsley pon ok)
3 telur, dipukul sedikit
1 camca besar mayonnaise
Sedikit serbuk lada hitam
Cara-cara
1. Satukan telur dengan mayonnaise dan serbuk lada hitam. Kacau rata dengan whisk. Panaskan non-stick pan bersaiz 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak. Kemudian anda goreng dadar telur tadi hingga masak dan keemasan. Alih ke dalam pinggan sesuai.
2. Panaskan mintak dalam kuali
3. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah kiub daging (jika guna), dan juga daging cincang. Kacau rata dan tuang sedikit air. Masak sekejap.
4. Masuk sos cili dan sos tomato, kacau rata masak dengan api kecil hingga pekat. Tambah mix vege, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sedikit sos ikan. Gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
5. Tuang atas telur dadar tadi dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil tadi. Hidangkan segera bersama nasi hangat.
Telur Mata Masak Kicap
Bahan-bahan
5 biji telur gred A
Rempah ratus secukupnya – kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang
3 biji cili merah dimayang
1 biji bawang besar dimayang
1/4 cawan kicap pekat
1 ketul kiub ikan bilis
bahan perasa secukupnya
sedikit asam jawa
air secukupnya
Bahan untuk dikisar:
10 biji cili kering
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali,gorengkan telur terlebih dahulu dan asingkan.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan pula rempah ratus hingga naik wangi.
3. Selepas itu,masukkan sedikit air asam jawa, kicap, gula dan kiub ikan bilis serta air secukupnya.
4. Kemudian,masukkan telur yang digoreng tadi.
5. Masukkan cili merah dan bawang besar dan gaulkan sebati.
6. Siap untuk dihidang.
Telur Itik Masak Lemak
Bersama Belimbing Buluh
Bahan-bahan
6 biji telur itik – dibasuh dan dicuci telur untuk menghilangkan kekotoran pada kulitnya
2 kotak kecil santan pekat
2 kotak kecil air
2 batang serai – dititik
2 helai daun kunyit – dibuang tulang daun dan dihiris halus
10 biji belimbing buluh – dibelah dua
Garam
Serbuk perasa
Bahan Tumbuk Lumat
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1/2 biji bawang besar
Cara-cara
1.Masukkan bahan tumbuk, serai dan secawan air ke dalam kuali.
2.Kacau dan masak hingga airnya sedikit kering.
3. Masukkan santan dan air. Masak guna api sederhana dan sentiasa dikacau untuk elak santan pecah.
4. Bila santan sudah mendidih, masukkan belimbing buluh, daun kunyit, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi hingga kuah mendidih sekali lagi.
5. Pastikan sentiasa dikacau.
6. Perlahankan api. Pecahkan telur satu persatu di tempat yang berlainan. Biarkan sehingga telur masak. Tak perlu kacau sehinggalah telur keras dan masak.
7. Kemudian, perlahan-lahan dan berhati-hati, masukkan sudip ke dasar kuali supaya telur tidak lekat pada dasar kuali.
8. Bila telur sudah masak sempurna, tutup api dan hidangkan.
Kredit resipi & foto: Makan D’ Utaqa