Sambal Gesek Ikan Bilis adalah salah satu sajian sampingan yang membuka selera. Cara penghasilannya juga sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan. Nak cuba? Resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni antara yang sedap. Jom lihat bahan-bahannya.

 

CARA MASAK SAMBAL GESEK IKAN BILIS SEDAP

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 genggam ikan bilis – rendam air seketika
  • Segenggam cili padi merah & hijau
  • 1 sudu makan gula perang
  • 3/4 sudu makan garam bukit
  • 1 hiris lemon
  • 1-2 biji limau kasturi
  • 1 sudu teh butter olive oil/minyak zaitun/minyak masak

Resipi Sambal Gesek Ikan Bilis Pedas Buka Selera.

IKLAN

BAHAN BAKAR ATAS KUALI ( PAN):

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1/2 biji tomato

Resipi Sambal Gesek Ikan Bilis Pedas Buka Selera.

IKLAN

CARA MEMASAK:
1. Panaskan butter olive oil. Boleh juga digantikan dengan minyak zaitun atau minyak lain.Resipi Sambal Gesek Ikan Bilis Pedas Buka Selera.
2. Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk sehingga sedikit hancur. Sangai seketika dan ketepikan.
Resipi Sambal Gesek Ikan Bilis Pedas Buka Selera.

3. Tumbuk lumat bahan bakar dalam kuali tadi diikuti cili padi, garam bukit dan gula perang.
Resipi Sambal Gesek Ikan Bilis Pedas Buka Selera.

4. Satukan bahan tumbuk dengan ikan bilis tadi. Perahkan sehiris lemon. Jika kurang masam, boleh tambah limau kasturi.
Resipi Sambal Gesek Ikan Bilis Pedas Buka Selera.

5. Gaul biar sekata. Hidangkan bersama dengan ulam.
Resipi Sambal Gesek Ikan Bilis Pedas Buka Selera.

Kredir resipi & foto: Afy Al Habibi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI