Sambal Garing ni memang sesuai sangat anda bawa jika pergi melancong ke luar negara. Malah buat makan dekat rumah pun boleh. Makan dengan bubur sedap, nasi panas-panas pun layan. Malah, nikmati bersama roti pun boleh. Memang serbaguna. Rasa pedas-pedas masin tu buat hidangan ini menjadi kegemaran ramai. Kalau beli, sebalang kecil pun dah harga berbelas ringgit. Jom belajar buat sendiri. Memang sedap!
SAMBAL BILIS GARING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis halus
Tempe atau kacang
Lada / cili kering – jumlahnya ikut kepedasan & citarasa masing-masing
1 kiub pati ikan bilis @ secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Goreng semua bahan diatas ( kecuali pati ikan bilis & gula) satu persatu hingga garing.
2. Angkat dan tos minyak menggunakan tisu dapur.
IKLAN
3. Kisar cili kering yang digoreng tadi. Pastikan cili digoreng garing jika tidak ia sukar dikisar menjadi emping kerana teksturnya yang liat. Bijinya pula boleh dibuang atau dikisar bersama.
4. Panaskan kuali yang ada sedikit minyak lebihan gorengan tadi. Masukkan kiub pati ikan bilis atau cukup rasa. Goreng guna api perlahan.
IKLAN
5. Kacau sambil hancurkan kiub tadi. Biar ia berbuih manja.
6. Kemudian masukkan cili flakes ( cili kering kisar).
IKLAN
7. Tambahkan kesemua bahan wajib yang lain. Masukkan juga 1 sudu gula. Gaul rata hingga sebati. Angkat.
8. Setelah sambal sejuk, simpan dalam balang kedap udara. Sedia dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Kalau dulu-dulu, nak makan menu berasaskan jering dan petai kena tunggu musim, sekarang dua bahan ini sentiasa ada di pasaran. Bila teringin makan boleh beli dan masak sambil mengimbau keenakan masakan autentik air tangan ibu-ibu di kampung. Berikut ada beberapa variasi menu jering dan petai yang boleh anda cuba sebagai hidangan keluarga.
GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 papan petai muda | kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
500gm udang saiz XL | bersihkan
2 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit | carik-carik dan simpul
3 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
15 biji cili padi
2 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
Tuangkan santan dan gaul rata.
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
Gulai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.
RENDANG BEREMPAH JERING TUA BERSAMA AYAM
BAHAN-BAHAN:
10 biji jering semai | rendam dan buang kulit arinya
500gm ayam | potong kecil, cuci dan toskan
1 liter santan pekat
3 sudu makan kerisik
1 sudu makan rempah kari
1 keping asam gelugor
3 batang sarai | titik
1 helai daun kunyit | siat dan simpul
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering
3cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng jering. Angkat dan titik jering dalam lesung batu. Kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi.
Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kacau lagi sehingga ayam kecut.
Masukkan santan, asam gelugor dan daun kunyit.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila kuah agak pekat, kecilkan api, masukkan jering dan kerisik.
Kacau rata sehingga kuat menjadi kering dan timbul minyak.
Setelah secukup rasa dan ayam empuk. Tutup api.
Rendang sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam boleh juga guna daging tetel atau daging biasa.
SEMUR JERING BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
300gm jering tua | buang kulit ari dan rebus
250gm daging | rebus dan hiris nipis
2 helai daun salam
3 helai daun limau purut | carik-carikkan
1 batang serai | titik
3 sudu makan kicap manis
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu teh jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia muda
1 batang serai
3 biji buah keras
3 biji cili merah
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng daging yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan, kemudian titik daging supaya lembut.
Kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai, daun salam dan daun limau purut hingga wangi.
Masukkan jering bersama daging goreng tadi, kacau rata 2-3 minit.
Masukkan air asam, kicap pekat manis dan perasakan dengan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, kacau sehingga semur kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit lagi.
Tutup api dan semur sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Selain jering direbus, ia boleh juga digoreng. Terpulang kepada cita rasa anda.
DENDENG KERDAS BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN
200gm kedas | goreng dan buang kulit arinya
200gm daging | rebus dan hiris nipis
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia muda
2 biji buah keras
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng daging (jangan terlalu kering). Angkat dan daging dititik supaya lembut.
Kemudian, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes asam jawa.
Seterusnya masukkan daging dan kerdas tadi, kacau lebih kurang 2-3 minit.
Kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kacau lagi sehingga kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit.
Tutup api, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain kerdas boleh juga tukar dengan jering.
Tak lengkap sesuatu hidangan melayu tanpa sambal, Untuk sambal Kelantan ini memang popular di Kelantan, sesuai di makan untuk semua jenis nasi. Sesuai di buat masa kenduri, buat sekali banyak boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama simpan lagi sedap, jika sambal ini dibuat awal-awal dan banyak baru rasa sedap makan kerana bila ia terperam dengan asam, garam, dan gula baru dia mesra rasanya.. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
Cili merah
Cili api
Limau kasturi(blender dgn kulit)
Bawang besar bakar
Bawang putih bakar
Cuka
Manisan kg
Gula
Garam
CARA-CARA:
Kisar semua bahan sehingga hancur.
Sambal kelantan tak guna belacan.
Kisar kering.
Siap. Simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk bagi kekal tahan lama.
Sambal ikan kering ni memang pembuka selera. Makan dengan nasi panas, boleh makan berpinggan-pinggan dibuatnya. Sambal yang cukup segala rasa. Ada rasa pedas, masam, masin dan manis. Nak buatnya pun tidaklah susah, senang sahaja. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Nooraini Ramly.
SAMBAL IKAN KERING
BAHAN-BAHAN:
Ikan kering | guna ikan gelama
Belacan | digoreng
1 ulas bawang besar
6 biji cili padi merah
6 biji cili padi hijau
Sebiji mangga muda
1 sudu kecil gula
CARA PENYEDIAAN:
Masukkan belacan, bawang merah dan gula ke dalam lesung batu dan tumbuk.
Kemudian, masukkan ikan kering. Masukkan terus kepala ikan kerana kepala ikan yang buat sambal berlemak.
Masukkan buah mangga yang dicincang halus dan akhir sekali baru masukkan cili padi.