Untitled design - 2021-09-09T114358.081

Siapa sahaja yang tidak menggemari roti. Kalau nak mudah ada yang suka membeli dan tak kurang juga yang minatnya suka membuat roti. Macam-macam roti dah kita cuba jom hari ni kita belajar buat roti Vienna ikut resipi Chef Ritz.
Mengikut sejarah, roti ini berasal dari negara Austria yang terletak di Eropah tengah. Sesuai dijadikan hidangan sandwic ala subway. Bila dah siap rotinya bolehlah letakkan smoked salmon, susun salad, sedikit mayonis. Fuhhh… Memang terangkat. Boleh hias ikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

ROTI VIENNA

Bahan-bahan:
500g tepung pastry , T45
300g air
30g tepung susu
10g garam
30g gula kastor-BELI ONLINE DI SINI
8g yis kering-BELI ONLINE DI SINI
100g butter (unsalted)
*optional, kalau nak tambahkan bread improver, boleh masukkan 5g (1%) dalam formulasi.

IKLAN

Cara membuat:

IKLAN
  1. Masukkan semua bahan kering dan cecair ke dalam mixer dan uli pada kelajuan perlahan.
  2. Selepas doh terbentuk, masukkan butter dan uli pada kelajuan sederhana sehingga doh ‘fully developed’.
  3. Rehatkan doh selama 30 minit di dalam chiller.
  4. Pindahkan ke atas meja dan bahagian doh kepada 8 bahagian. Berat lebih kurang 120g sebiji.
  5. Leperkan doh dengan menggunakan rolling pin.
  6. Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas. Doh bentuk oval panjang.
  7. Letakkan di atas dulang baguette. (roti ni disyorkan menggunakan dulang baguette)

Resipi Roti Vienna Sesuai Buat Sandwic Ala Subway
Sebelum.
  1. Kelar roti seperti gambar di bawah
  2. Biarkan doh kembang 2 kali ganda. lebih kurang 1 jam.
  3. Panaskan oven dan bakar roti pada suhu 180-200 darjah selsius selama 13-15 minit. (bergantung pada oven masing-masing).

Resipi Roti Vienna Sesuai Buat Sandwic Ala Subway
Kredit: ritzthebaker.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI