Rice Pancakeyang dikongsi oleh saudari Marina Abd Majid ni nampak sangat sedap dan mudah disediakan. Bahan-bahannya cukup ringkas sahaja namun membuka selera. Andai dimakan panas-panas bersama sos cili, lagi nikmat katanya. Hanya menggunakan lebihan nasi sejuk yang ditambah dengan beberapa bahan lain, nah…kudapan ringan ini sedia untuk dinikmati. Isian dalamnya boleh dipelbagaikan ikut selera dan citarasa. Apa sahaja yang ada dalam peti sejuk anda. Mudah kan? Jom cuba!
CARA MASAK RICE PANCAKE SEDAP
BAHAN-BAHAN: Nasi sejuk 1 tangkai daun bawang Lobak merah – disagat halus 2 biji telur Garam 1 sudu makan tepung gandum – beli online disini Jika suka, boleh tambah daun sup, kentang, isi udang atau apa sahaja ikut kegemaran
CARA MEMASAK:
1.Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Jumlahnya bergantung pada selera masing-masing atau apa sahaja yang ada di dapur.
2. Dalam bekas yang bersesuaian, satukan semua bahan dan sebatikan. Tidak perlu tambah air. Pastikan nasi tidak berketul.
3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Kemudian sudukan adunan Rice Pancake tadi. Minyak tidak perlu banyak seperti kita menggoreng cucur. 4. Bila sudah keperangan, terbalikkan dan goreng lagi sebelah hingga masak sepenuhnya.
Senang je sebenarnya nak buat bubur jagung ni, yang buat susah rasa malas je. Bahan nak buat bubur jagung ni pun mudah je tak banyak hal. Menu bubur jagung ni terpulang nak dihidangkan panas ataupun sejuk. Tapi saya lagi suka makan masa sejuk rasa lemak manisnya lagi terasa di tekak. Resipi yang dikongsikan oleh Norhafizan Ezan Sulaiman di Facebook ni memang laku keras kalau terhidang. Jom kita cuba!
RESIPI BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 tin Cream Styled Corn (jenama hosen)
1 tin Sweet Corn (jenama hosen)
Susu cair 1 tin (nak kurang manis kurangkan. Kalau letak sagu kena letak 1 tin sebab nanti pekat)
Sehelai daun pandan
2 sudu besar gula perang
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan kedua-dua jagung dalam tin.
2. Tuangkan susu cair. Kemudian letakkan juga daun pandan dan gula perang.
3. Panaskan semua bahan dalam periuk sampai mendidih.
4. Bila dah mendidih, tutup api dan sejukkan.
5. Boleh juga letakkan sagu mengikut citarasa masing-masing.
6. Nak lagi sedap boleh masukkan biskut wheat cracker yang sudah dihancurkan.
Bihun Celup Siam ni memang antara menu popular di Thailanddan juga negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan. Keenakan kuah dan campuran dalam mangkuk mi tu membuatkan kita teringat-ingat. Pedas, masam, memang cukup sempurna. Rasa nak cuba? Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
BIHUN CELUP SIAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu yang berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
Bihun | rendam dan celur
Hirisan ayam yang telah direbus
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Kacang tumbuk
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Bihun Sup Thai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Bihun Sup Thai berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.