Rendang semestinya suatu kemestian bila tibanya hari raya. Jika mahukan resipi rendang yang ringkas serta cepat masak, Rendang Ayam Negeri Sembilan ni anda perlu cuba. Sekejap je dah siap. Sedap sangat. Orang suka makan pedas, memang kena dengan selera.

 

RENDANG AYAM NEGERI SEMBILAN

IKLAN

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1/2 ekor ayam | potong ikut suka dan dibersihkan dan tos
  • 1 biji kelapa | ambil santan pekatnya
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 batang serai | dititik
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 1cm halia
  • 1cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ayam dalam kuali besar dan gaulkan dengan bahan kisar serta serai titik. Hidupkan api dan biarkan sehingga air ayam sedikit kering.
  2. Kemudian masukkan santan dan besarkan api. Masak sehingga santan mendidih kemudian masukkan garam. Kacau rata dan kecilkan api.
  3. Kemudian masukkan kerisik dan kacau rata.
  4. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak .
  5. Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI