Kuih Puteri Ayu Cheese perkongsian saudari Nitaharry ni memang memukau selera. Nampak gebu dan sedap. Bagi anda yang menggemari keju, pun boleh mengolahnya menjadi Apam Puteri Ayu Cheese. Bagi yang kurang gemar keju, bolehlah masak Puteri Ayu yang dilapis dengan kelapa sahaja. Lengkap resipi dan panduan pembuatannya. Bolehlah cuba untuk sajian keluarga untuk minum petang ni.

 

CARA MUDAH BUAT PUTERI AYU CHEESE

Resipi Puteri Ayu Cheese Warna Warni. Comel & Sedap Dimakan

BAHAN-BAHAN KEJU:
250gm krim keju / cream cheese 
5 sudu makan gula halus beli online disini
2 sudu makan tepung gandum – ayak beli online disini
1 biji telur
2 sudu makan susu cair/full cream beli online disini

BAHAN LAPISAN PUTERI AYU:
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu makan ovalette beli online disini
1 sudu teh esen vanila beli online disini
1/2 cawan santan beli online disini
1/2 cawan susu cair beli online disini
2 cawan tepung gandum
Pewarna pilihan secukupnya beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Untuk menyediakan krim keju, campur semua bahan di atas mixer dan pukul hingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.

IKLAN

Resipi Puteri Ayu Cheese Warna Warni. Comel & Sedap Dimakan
2. Untuk adunan Puteri Ayu, pukul telur bersama gula hingga sebati.
3. Masukkan ovalette dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang putih.
4. Kemudian masukkan susu cair, santan dan tepung. Pukul lagi sekali hingga gebu. 5. 
5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna kegemaran dengan secukupnya. 
6. Masukkan adunan ke dalam piping bag untuk memudahkan adunan dimasukkan ke dalam acuan.

Resipi Puteri Ayu Cheese Warna Warni. Comel & Sedap Dimakan

7. Ambil acuan dan paipkan lapisan keju dengan secukupnya. Ukus selama 5 minit.
8. Kemudian paipkan adunan Puteri Ayu. Kukus lagi selama 8 minit menggunakan api sederhana.

Resipi Puteri Ayu Cheese Warna Warni. Comel & Sedap Dimakan
9. Angkat dan Kuih Puteri Ayu Cheese sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nitaharry

IKLAN

Resipi Puteri Ayu Cheese Warna Warni. Comel & Sedap Dimakan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Rupa Tak Cantik, Tapi Bila Makan Karipap Jerawat Ni Memang Tak Cukup Satu

IKLAN

Pedas & Sedap. Sotong Phat Phet Thai Ni Memang Rugi Kalau Tak ‘Try’

Cara Masak Nasi Lemak Pandan, Sambal & Ayam Berempah Paling Padu

Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Yang Sedap & Mudah

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=qnu3h8RKTBs

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI