Pulut Panggang berinti Sambal Ikan yang baru masak dan masih panas-panas, memang sedap! Pulutnya yang lembut ditambah pula dengan inti sambal ikan yang pedas, memang kombinasi yang terbaik! 

Pernah rasa Pulut Panggang versi Kelantan dan Terengganu? Jika pernah,. pasti anda tahu sedap dia macam mana kan? Pulut yang lembut berintikan serunding ataupun sambal ( serunding) ikan. Agak berbeza dengan Pulut Panggang yang berinti kelapa. Bagi yang nak cuba buat sendiri, resipi dibawah ini boleh anda cuba.

 

CARA MASAK PULUT PANGGANG SAMBAL IKAN

 

BAHAN SAMBAL @ SERUNDING IKAN 

  • 4 ekor ikan selayang @ sardin | direbus dengan asam keping dan garam
  • 8 biji cili kering | dikisar halus
  • 5 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 1 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 1/2 inci halia | dikisar halus
  • 5 sudu makan gula pasir
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • 4 sudu makan santan pekat
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk isi ikan rebus yang telah dibuang tulang. Ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan santan pekat dan gaul rata.
  3. Setelah bahan tumisan nampak hampir kering, masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
  4. Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau sampai sambal kering dan berderai.
  5. Sejukkan.

BAHAN PULUT:

IKLAN
  • 2 cawan beras pulut | basuh dan rendam minimum 1 jam)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 4-5 sudu makan gula pasir
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Daun pisang secukupnya | dilayur

CARA MEMASAK:

  1. Kukus pulut selama 30 minit.
  2. Dalam bekas berasingan, satukan santan, gula dan garam. Larutkan. Jika menggunakan santan kotak, tambah 2 sudu makan minyak masak.
  3. Angkat pulut dan gaul bersama campuran santan tadi. Masukkan kembali ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 20 minit. Angkat.

CARA PENYEDIAAN:

  1. Ambil daun pisang dan sudukan 1 sudu makan pulut. Ratakan.
  2. Letakkan 2 sudu teh sambal ikan dan gulung dengan kemas.
  3. Cucuk lidi di bahagian hujung gulungan pulut.
  4. Bakar seketika menggunakan bara yang tidak terlalu panas sehingga daun pisang menjadi sedikit hangus.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

CARA BALUT & BAKAR PULUT PANGGANG VERSI MUDAH

Bagi yang tinggal di bandar dan tak ada ruang untuk membakar, ada versi mudah yang anda boleh cuba. cara ni praktikal bagi anda yang tinggal di rumah jenis apartment. Jom lihat cara-caranya.

1. Setelah daun pisang dilayur, letakkan pulut dan inti.

Resipi Pulut Panggang Sambal Ikan Mudah & Terlajak Sedap.

IKLAN

2. Padat-padatkan pulut sebelum digulung dengan daun pisang. Kemudian cucuk dengan lidi atau dengan stapler.

Resipi Pulut Panggang Sambal Ikan Mudah & Terlajak Sedap.

3. Ambil tudung periuk dan lenserkan sedikit minyak. Kemudian susun pulut yang telah siap dibungkus diatasnya. Masak menggunakan api sederhana besar. Memang wangi!

Resipi Pulut Panggang Sambal Ikan Mudah & Terlajak Sedap.

IKLAN

4. Terbalikkan pulut biar semuanya dipanggang sekata.

Resipi Pulut Panggang Sambal Ikan Mudah & Terlajak Sedap.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit gambar: Blog Matahari ( http://matahati-mama.blogspot.my)

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI