Anda seorang penggemar manisan? Resipi Puding Tiramisu ini memang wajib anda cuba. Kombinasi lemak, manis dan sedikit rasa kopi, menjadikan puding ini sangat sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu sejat@cair
  • 5 tin air (guna bekas tin susu tadi utk sukat air)
  • 11 sudu makan tepung kastad ( sukatan membukit)
  • Biskut marie (perisa kopi) secukupnya
  • Milo secukup nya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan susu sejat, susu pekat , air dan tepung kastad ke dalam periuk.
  2. Kacau semua bahan tadi hingga sebati kemudian barulah buka api sederhana.
  3. Kacau sampai pekat dan berkilat kemudian tutup api.
  4. Sendukkan sedikit kastad tadi ke dalam loyang atau bekas. Kemudian masukkan biskut dan taburkan milo.
  5. Ulang langkah sehingga bahan habis. Pastikan lapisan terakhir adalah kastad.
  6. Kisar biskut dan milo. Kemudian tabur di lapisan paling atas tadi. ‘
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Puding Tiramisu. Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

IKLAN

Kredit resipi & gambar: Norliza Bahari

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI