Lemak manis dan enak dinikmati sejuk. Sesuai juga dijadikan sebagai buah tangan buat sanak saudara.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
IKLAN
IKLAN
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 600ml air
  • 1 tin susu cair
  • 180gm gula
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • Sedikit pewarna kuning

CARA MEMASAK:

  1.  Satukan serbuk  agar-agar, air dan  gula.Masak hingga semua bahan larut.
  2.  Tuang susu cair ke dalam adunan. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
  3.  Ambil  satu setengah cawan adunan tadi dan masukkan  ke dalam periuk lain.Masukkan pewarna kuning dan juga tepung kastad. Kacau sehingga kelihatan likat.
  4.  Tuang adunan kuning ke dalam acuan kuih lompang. Biarkan mengeras.
  5.  Apabila bahagian kuning telah keras, keluarkan dari acuan dan letakkan di tengah-tengah dalam acuan bulat yang bersesuaian.
  6.  Tuangkan adunan berwarna putih dan pastikan bahagian kuning mestilah menonjol sedikit dari bahagian putih.Untuk menampakkan bentuk seperti telur mata separuh masak.
  7.  Sejukkan dan bolehlah dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI