Anda suka makan Puding Sagu Gula Melaka? Bagi yang tercari-cari resipi mudah, sedap dan tak guna banyak bahan, perkongsian dari Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Masa memasaknya pun tidak lama. Pasti puas hati. Cubalah.

CARA MASAK PUDING SAGU GULA MELAKA

Resipi Puding Sagu Gula Melaka Tak Guna Banyak Bahan.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan sagu
  • 5 cawan air
  • Sedikit pewarna yang disukai
  • Air secukupnya
  • Susu cair @ santan yang dimasak dengan sedikit garam

BAHAN SIRAP GULA MELAKA:

  • 2 ketul gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 ½ cawan air
  • 2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan-bahan sirap gula melaka. Masak hingga larut. Kemudian tapis dan sejukkan.

IKLAN

2. Untuk memasak sagu, masukkan air ke dalam periuk dengan secukupnya. Biarkan mendidih.

3. Kemudian masukkan pewarna dan juga sagu. Kacau dan masak hingga sagu menjadi jernih.

4. Angkat, tuang sagu ke dalam penapis dan alirkan air bagi membuang kanji. Toskan.

5. Masukkan sagu ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak. Sejukkan.

IKLAN

Resipi Puding Sagu Gula Melaka Tak Guna Banyak Bahan.

6. Untuk menghidang, keluarkan sagu dari acuan. Tuang susu cair atau santan dengan secukupnya.

Resipi Puding Sagu Gula Melaka Tak Guna Banyak Bahan.

IKLAN

7. Tuang sirap gula melaka. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Puding Sagu Gula Melaka Tak Guna Banyak Bahan.

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Puding Kastad Jagung Paling Simple, Sedap Dimakan Dingin.

Sedapnya…Resipi Puding Susu Mangga Ni Memang Kena Cuba.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI