Sedapnya Puding Milo Oreo. Jika dimakan sejuk-sejuk, pastinya sangat menyegarkan. Resipi yang dikongsi oleh saudari Fauziah Yahya ini pun mudah sahaja dan tidak menggunakan banyak bahan. Memang ‘ngam’lah. Malah beliau juga berkongsi perua membuat puding ini supaya setiap lapisannya melekat elok dan tidak terpisah bila dipotong. Jom cuba. Anak-anak dan suami pasti suka.

 

CARA MEMBUAT PUDING MILO OREO SEDAP & MELEKAT SEMPURNA

Resipi Puding Milo Oreo Sedap. Ikut Tip Ni Supaya Lapisan Melekat Elok

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus agar-agar @ 25gm beli online disini
1400ml air
2 cawan gula beli online disini
1 tin susu cair (400gm) beli online disini
1 cawan serbuk milo beli online disini
1 bungkus Oreo (137gm) beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut.
2.Kemudian masukkan gula. Kacau dan biarkan hingga larut baru masukkan susu cair. Masak hingga mendidih. Kacau betul-betul ya.
3. Asingkan 4 cawan adunan agar-agar ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo. Kacau hingga sebati.
4. Tuangkan 2 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk adunan Milo dikecilkan dan sentiasa dikacau untuk elak agar2 membeku.
5. Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua Oreo.

Resipi Puding Milo Oreo Sedap. Ikut Tip Ni Supaya Lapisan Melekat Elok
6. Apabila permukaan agar-agar putih oreo sudah mengeras, tuang lapisan akhir dengan lebihan agar-agar milo. (puding akan ada 3 lapisan)
7. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sudah dingin baru masukkan dalam peti sejuk.

Resipi Puding Milo Oreo Sedap. Ikut Tip Ni Supaya Lapisan Melekat Elok

IKLAN

 

TIP UNTUK MELAPIS SUPAYA PUDING MELEKAT SEMPURNA

Resipi Puding Milo Oreo Sedap. Ikut Tip Ni Supaya Lapisan Melekat Elok

1.Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya.
2. Jika sudah mengeras, guriskan permukaan lapisan dengan garpu sebelum tuang lapisan seterusnya.
3. Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas di atas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya.

Selamat mencuba!

IKLAN

 

Kredit resipi & foto: Fauziah Yahya

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

IKLAN

Ikut Resipi Ni, Kuah Asam Laksa Cina Jadi Sedap & Pekat Sempurna

Resipi Bingka Ubi Guna Santan Kotak, Ikut Petua Ni Barulah Sedap

Buat Sendiri Jeruk Limau Nipis Homemade. Mudah, Sedap, Pelbagai Guna

Resipi Udang Butter Nestum Sedap Untuk Makan Besar Tahun Baru Cina

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=SzpT6Ci3EGQ

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI