Bulan Ramadan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Selain bulan untuk menggandakan ibadah, bulan ini juga merupakan pintu rezeki untuk para peniaga menambah pendapatan. Salah satu hidangan yang digemari ramai tentunya aneka manisan dan juga kuih muih. Kalau di bazar, memang banyak dijual. Naik rambang mata dibuatnya. Salah satu idea yang boleh dicuba ialah Puding Lapis Surabaya perkongsian saudari Mokcik Nel ini. Nampak sangat sedap. Malah pembuatannya juga kemas. Jom lihat cara-caranya. Kalau buat untuk minum petang pun sesuai juga.

CARA MEMASAK PUDING LAPIS SURABAYA

Resipi Puding Lapis Surabaya, Idea Bisnes Di Bulan Puasa

BAHAN LAPISAN A:
1 paket serbuk agar-agar swallow warna coklat beli online disini
800ml air putih
100gm gula pasir beli online disini

BAHAN LAPISAN B:
1 paket serbuk agar-agar swallow clear / jernih beli online disini
800ml susu full cream + whipping cream beli online disini
2 biji kuning telur
100gm gula pasir
1 sudu teh vanilla paste / esen vanilla beli online disini

BAHAN LAPISAN C:
1 paket serbuk agar-agar swallow coklat /clear
750ml susu UHT coklat 
100gm coklat coin Beryls – boleh juga guna coklat masakan biasa
1 sudu teh emulco coklat beli online disini
100gm gula pasir
1 biji kuning telur

CARA MEMASAK:
1. Masak semua bahan lapisan A hingga mendidih, tuang 200ml adunan ke dalam loyang.Biar keras sebentar.
2. Masak semua bahan lapisan B KECUALI kuning telur sehingga mendidih, matikan api.
3. Ambil sedikit adunan agar-agar yang dimasak tadi, campur dengan kuning telur dan kacau rata.

4. Kemudian masukkan campuran kuning telur ke dalam adunan agar-agar dan didihkan kembali.
5. Tuang 400ml lapisan B ke atas lapisan A. Biar keras sebentar.
6. Bila sudah keras, tuang 200ml adunan lapisan A ke atas lapisan B. Biar keras sebentar.
7. Masak semua bahan lapisan C hingga mendidih, KECUALI kuning telur.
8. Ambil sedikit adunan agar-agar dan campurkan dengan kuning telur. Kacau rata.

9. Kemudian masukkan campuran kuning telur tadi ke dalam adunan agar-agar dan didihkan kembali.
10. Tuang semua adunan lapisan C ke atas lapisan A tadi. Biar keras sebentar.
11. Kemudian tuang lagi 200ml adunan lapisan A ke atas lapisan C. Biarkan mengeras.
12. Kemudian tuang lagi 400ml lapisan B ke atas lapisan A tadi. Biar keras sebentar.
13. Setelah mengeras, tuang lagi 200ml adunan lapisan A yang terakhir ke atas lapisan B.

14. Biar agar-agar sejuk & keras semuanya sebelum 5-6 jam sebelum dinikmati.

Resipi Puding Lapis Surabaya, Idea Bisnes Di Bulan Puasa

IKLAN

Resipi Puding Lapis Surabaya, Idea Bisnes Di Bulan Puasa

Nota: Rujuk rujuk gambar di bawah ini untuk tengok lapisan A,B & C yang dimaksudkan.

Resipi Puding Lapis Surabaya, Idea Bisnes Di Bulan Puasa

PETUA:

IKLAN
  • Jika adunan agar-agar mengeras sebelum habis dituang setiap lapisan, boleh panaskan semula. Agar-agar akan mencair semula.
  • Lapisan B (susu + whipping cream) semasa dimasak, mesti sentiasa kacau supaya susu dan krim bersatu elok tidak terpisah macam air.
  • Masak lapisan B, jangan kacau kuat-kuat. Nanti berbuih teruk. Tak cantik masa melapis.
  • Tuang agar-agar semasa panas supaya agar-agar melekat elok pada permukaan lapisan yang sebelumnya.
  • Sejukkan agar-agar sekurang-kurangnya 5-6 jam sebelum dipotong.

 

Kredit resipi & foto: Mokcik Nel

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

IKLAN

Resipi Kurma Telur Bersama Kentang Dan Tau Kua (Tauhu)

Guna Banyak Bawang Goreng, Ini Rahsia Daging Masak Hitam Jadi Lebih Sedap

Cara Masak Inti Sardin Yang Paling Sedap Untuk Buat Sandwic

Resipi Paru Sambal Berlado Enak. Masak Sendiri Memang Puas Hati

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=cBBq5q-Qkzo

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI