Sedapnya kalau dapat makan puding yang dah disejukkan dalam peti. Resipi puding buah ni memang nampak menarik dan sedap!  Resipi asal telah dikongsikan oleh Ebah Habibah di Facebook ni kalau korang buntu tak tahu nak hidang apa waktu Raya haji nanti bolehlah cuba menu ni! Pilihan buah pula bolehlah ikut selera sendiri berkenan nak letak buah apa.

PUDING BUAH

Resipi Puding Buah Sedap Dimakan Ketika Sejuk Untuk Jamuan Raya Haji

 

BAHAN-BAHAN:

Agar agar tali 1 paket (28gram)

Air 1.5 liter

1 tin susu pekat

½ tin susu cair

Buah buahan (Ikut pilihan sendiri)

IKLAN

Pewarna kuning untuk buat lapisan di tengah puding

Resipi Puding Buah Sedap Dimakan Ketika Sejuk Untuk Jamuan Raya Haji

CARA PENYEDIAAN:

Agar- agar tali, panaskan dengan 1.5liter air. Masak hingga mendidih. Setelah mendidih tu kita tutup api. Lepas tu masukkan 1 tin susu pekat, setengah tin susu cair. Kacau sebati. Kalau rasa nak lagi manis, tambahkan lagi susu pekat tu. Saya guna loyang saiz 8 inci.

Langkah seterusnya kita susun buah, saya guna mangga dan kiwi. Kombinasi masam dgn manis. Tuang agar-agar tu slow je guna senduk. Tuangkan dalam 5 senduk je lepastu kita masuk peti sekejap bagi keras sedikit.

Ambil 3 senduk agar-agar tu, masukkan dalam mangkuk lain, letak pewarna kuning. Kacau-kacau pastu tuang atas agar-agar tadi yang dah letak isi buah tu. Tapi yang ni nak skip pun boleh. Saya sengaja buat layer kuning nak bagi cantik.

Selepas itu layer kuning tu dah keras sikit kita tuang yang baki tadi tu sampai habis. Tunggu sejuk sikit baru masuk peti. Sejukkan dalam 4 jam atau lebih. Pastikan betul-betul sejuk. Sebab kalau tak sejuk nanti nak potong buah tu tak cantik.

IKLAN

Resipi Puding Buah Sedap Dimakan Ketika Sejuk Untuk Jamuan Raya Haji

SELAMAT MENCUBA

Kredit: Ebah Habibah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Apam Berkuah Kuih Lama Negeri Terengganu Ramai Yang Tak Kenal Tapi Rasa Memang Sedap

IKLAN

Resipi Beriani Daging Tulang Gearbox Menu Istimewa Raya Haji

Kentang Ikan Bilis Berempah Lauk Simple Tapi Tambah Nasi Berkali-Kali

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI